Meh Follow

Jumaat, 30 Mac 2012

BLENDED BANANA CAKE

Assalamualaikum....semua.Selamat beristirehat pada semua.Bagi yg bekerja lagi tu,selamat bekerjalah ya.Bagi iza,hari sabtu dan ahad  dapatlah relex sikit sebab tak bergegas kesana- kemari menghantar dan mengambil anak kesekolah.Kalau hari biasa ,macam orang kerja opis jugak,bezanya tak duduk dalam opis je.Pagi hantar anak ke sekolah ,tgh ambil dr sekolah,4 orang anak,semuanya balik tak sama waktu pulak tu ,petang hantar kekelas fardu ain dan ambil,malam pergi tusyen pulak..alahai pukul 10 malam baru dpt berehat.Begitulah rutin iza setiap hari.Harap berbaloilah  hendaknya.Iza lebih suka hantar dan ambil anak dari sek sendiri.Kalau dgn bas,rasanya tak senang hati, lagi anak2 tak sampai rumah. Hai....membebel panjang pulak iza ni,meh iza nak kongsi resepi yang satu ni,senang sangat dan hasinya amatlah membanggakan .Resepi ni dari dapur CT.Resepi asal dari Rahel.Izinkan iza syer di sini pula ye....




BLENDED BANANA CAKE
Resepi asal: Rahel
Olahan: Che Ct

Bahan-Bahan:

4 biji pisang berangan -dipotong kecil2
180 gm minyak jagung/minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek(iza pakai tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder*(iza tak letak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
5 sudu besar serbuk koko*
1/3 cawan coklat cip(iza tak letak,stok x de)
sedikit badam untuk hiasan atas kek.(iza x letak)

Cara Penyediaan

1. Panaskan oven 170 c selama 15 minit
2. Pisang yg dipotong kecil,telur,minyak jagung dan gula disatukan,kemudian di blender hingga halus
    selama 10 saat.
3. Tuang bahan yg diblender ke dalam mangkuk,kemudian masukkan campuran tepung yg telah di ayak
    tadi.Kaub balikkan sehingga rata.(jangan lama sangat,sekadar bercampur saja kata sifu CT)
4. Tuang adunan kedalam loyang yg di glis dan alas kertas minyak.Bakar selama 1 jam atau sehingga
    hingga masak.Iza letak dlm papercup saiz M,dapat dalam 15 biji.


     Tengok tu....tak rugi mencuba.Terima kasih Rahel and CT kerana sudi kongsi resepi  ni.Gebu and lembut gitu.Selamat mencuba.

Khamis, 29 Mac 2012


 
       Seperti biasa selamat petang semua,semoga hari- hari yang kita lalui,penuh denga keberkatan hendaknya.Amin....Sejak akhir ni tersangatlah rajin masuk dapur,mungkin semangat dari kawan2 blogger kot..Hari ni nak kongsi resepi KERABU MANGGA.Buah mangga ni diberi oleh jiran iza,nak menyicah(kata org penang) sebiji bolehlah,ada 2,3 biji lagi nak buat apa???.Cari punya cari,jumpalah resepi kerabu kat dapur Che Mat Gebu.Mintak izin nak syer resepi ni ye CMG.


KERABU MANGGA KERISIK ALA SIAM
Oleh:CMG

Bahan-bahan

3 biji mangga epal(iza guna macam dlm gambar tu,x tau nama)
4 biji bawang merah-hiris halus
1 batang serai,ambil bhg putih saja-hiris halus(iza guna 2 btg)
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
sedikit daun ketumbar-hiris halus(iza tak letak)
5 biji cili padi-hiris halus
2 camca besar udang kering-rendam dlm air panas sekejap,tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir(iza agak2 je)
1 camca besar perahan limau nipis
2 camca besar sos cili Thai(iza letak sikit je)
4 camca besar kerisik(2 saja)
sedikit garam jika perlu

Cara Penyediaan

1. Dalam mangkuk besar,campurkan mangga dengan semua bahan2 yang dihiris dan dimayang
    tadi.Gaul rata.
2. Masukkan gula,udang kering,jus limau nipis,sos cili thai dan akhir sekali kerisik.
3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbang rasa ikut selera masing2.hidangkan





      Kawan-kawan mesti cuba ,tak rugi...salah satu pembuka selera yg uuup..Selamat mencuba.

Rabu, 28 Mac 2012

Gulai Lemak Pucuk Paku Sambal Tempoyak

    Salam semua,selamat petang...Masak ape ari ni kawan2???.Ni nak kongsi satu cerita pasal pucuk paku..Masa tengah duk siang pucuk paku ni ,datang anak dara kecil iza,
 dia tanya "ibu! sayur apa ni ibu"?
Iza jawab "sayur pucuk paku".
Dia tanya lagi "ada paku ke ibu".
Iza pun jawab "tak,nama sayur je"
Dia"Oooo" Itu la kan..budak2,apa yang dia dengar, itulah yang dibayangkan.Panjang pula cerita iza ni..meh kita masak sayur pucuk paku pulak..


Gulai Lemak Pucuk Paku Sambal Tempoyak
Rujukan: Buku Santapan Tradisi Pak Engku

Bahan-Bahan:
300 gm udang sederhana besar
2 ikat pucuk paku
5 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
10 tangkai cili api-kisar
3 tangkai cili merah-kisar
2 inci belacan-kisar
1 batang serai-diketuk(iza tambah)
500 ml santan
300 ml air
3 camca besar minyak masak
Tempoyak secukupnya(iza tak letak,sebab tak de)

Cara  Penyediaan:
1.Pucuk paku di bersihkan lalu di potong
2.Panaskan kuali,tumiskan bawang merah,belacan,bawang putih,kunyit hidup,serai,cili api dan
   cili merah sehingga naik bau
 3.Masukkan tempoyak dan air.Kacau rata dan apabila sudah mendidih,masukkan santan,pucuk paku,      udang dan garam secukup rasa.Kacau seketika sampai udang masak.




Selamat mencuba.....

Selasa, 27 Mac 2012

Serawa Labu

    Selamat petang sume ,semalam iza buat serawa labu di atas permintaan anak bujang iza.Dah lama juga tak buat ni.Jom tengok.....






Resepi  Serawa Labu ni iza copy dari My Resepi oleh newbie123.Mintak izin tayang kat blog iza ye...


SERAWA LABU
Sumber Rujukan:My Resepi
Oleh:newbie123

Bahan-bahan (utk 4-5 orang makan)

Sebelah buah labu kuning di potong dadu besar
gula merah+gula putih(secukupnya ikut citarasa manis anda)(iza tak letak gula merah)
secubit garam
2 mangkuk santan(kalau nak kuah lebih,tambah lagi)
secawan air
daun pandan
1/4 cawan sagu

Cara penyediaan

1. Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
2  Toskan air dari labu yg separuh masak tadi,masukkan santan,gula.garam dan daun pandan.Kacau
    sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
3  Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih.Siap untuk di hidang.Sesuai dihidang panas dan
    sejuk.Selamat menjamu selera.



Masak Pindang Ikan Tenggiri

Assalamualaikum...Selamat petang warga blogger semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka ye.



     Di sini iza nak kongsi satu resepi yang senang dan ringkas je....resepi ni elok untuk orang yg demam,yg tak berapa lalu nak makan.Masakan ni iza masak untuk anak iza yg deman tempohari.Maklumlah mulut rasa pahit je kan,Masakan ni ada rasa masam-masam sikit dan berkuah,bila makan ngan nasi hilang rasa pahit mulut tu.Panjang pulak iza membebelkan? Meh kita tengok.



      Iza ambil resepi ni dari Buku Santapan Gulai Tradisi Pak Engku.Cerita pasal buku ni,ianya mengandungi masakan tradisi kita,masakan melayu (masakan kampung).suka sangat....he..he.Meh kita tengok resepi pulak....


MASAK PINDANG IKAN TENGGIRI (iza guna ikan kembung je)
Oleh: Pak Engku
Buku:Santapan Gulai Tradisi Pak Engku

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan tenggiri (iza guna 4 ekor ikan kembong)
5 biji bendi (iza guna timun)
3 ulas bawang merah-ditumbuk halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2 inci halia-di hiris kasar
1 tangkai cili merah-di tumbuk kasar
2 keping asam gelugur(iza letak 1 shj)
1 batang serai-diketuk(iza tambah)
1 biji tomato-di belah
500 ml air
secubit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara penyediaan

1.Panaskan periuk,masukkan timun,bawang putih,bawang merah, halia dan serai.masak hingga mendidih.
2.Masukkan asam gelugur,tomato,serbuk kunyit,cili merah,ikan kembung dan garam secukup rasa.Apabila
   sudah mendidih,bolehlah padamkan api.Bolehlah dihidang.

  



  Kawan-kawan sume! iza harap maafkanlah jika ada terkurang atau tersalah bahasa dari iza.Maklumlah baru nak berjinak-jinak dalam bidang masakan ni.Bagilah komen apa yg patut ye....he...he...

Jumaat, 23 Mac 2012

Assalamualaikum....

Salam perkenalan di alam maya ku hulurkan buat kawan-kawan yang sudi ,menjengah blog yang tak seberapa ni.Terima kasih diatas kunjungan kawan-kawan.