Meh Follow

Jumaat, 27 April 2012

KERABU EPAL HIJAU

       Salam Jumaat buat semua.Selamat beristirehat.Semalam tak sempat nak letak n3 ni sekali ngan ayam goreng berempah sebab nak cepat punya pasal.Hari ni iza masukkan n3 Kerabu Epal Hijau.Resepi ni dari  dapur kak Watie.Mintak izin kak Watie yeee...iza nak syer resepi kat sini pulak.









KERABU EPAL HIJAU
Sumber Rujukan:Kak Watiermanlife
di olah oleh:iza

Bahan-Bahan
1 Biji buah epal hijau(di potong memanjang)
1 biji buah tomato(dipotong kecil)
1 batang bunga kantan(dihiris)
1 labu bawang besar(dimayang)
2 batang serai(dimayang halus)
beberapa biji cili padi(ikut suka)
segengam udang kering(iza goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tumbuk (iza tak letak)

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan yang di hiris halus dan,udang kering dalam mangkuk dan di gaul.
2. Suaikan garam dan gula secukup rasa.
3. Tabur kacang tumbuk jika suka dan gaul semua.Siap untuk di makan

Selamat Mencuba






Rabu, 25 April 2012

AYAM GORENG BEREMPAH..CHEF KAMARUL

      Salam untuk semua.Semoga sahabat semua beroleh kesihatan yang baik.Pagi semalam Iza ronda-ronda di kedai buku n terjumpa majalah saji keluaran Mei...yg ada cerita Kak Azlita & blog masam manisnya.Belek punya belek,terus berkenan dengan resipi chef Kamarul.Nak tau resipi apa yang Iza tertarik tu....kat bawah ni iza syerkan pada kawan-kawan.Resipi yg simple je...Jeng...jeng....




Kawan2...mesti cuba.Sedap tau n senang.Yang penting anak-anak suka...Meh iza kongsikan kat sini ye..





AYAM GORENG BEREMPAH DAN AIR ASAM MELETUP CHEF KAMARUL
Bahan Rujukan:Majalah Saji
Resipi Oleh:Chef Kamarul

Bahan-Bahan
1 ekor ayam.(dipotong enam)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung ayam goreng segera
1 sudu besar serbuk rempah kari
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit daun kari (iza tambah)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 cm halia
3 batang serai

Cara penyediaan
1. Campurkan tepung beras,tepung ayam goreng segera,garam,gula,dan bahan kisar di dalam bekas yg
    besar.
2. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.Perapkan selama 2 jam hingga 4 jam.
3. Panaskan minyak,goreng ayam sehingga kekuningan.Angkat dan tus minyaknya.
4. Boleh masukkan daun kari untuk lebih aroma.





 Ayam goreng chef Kamarul ni boleh di makan bersama air asam.Iza tak buat air asamnye.Bagi sesiapa yang nak makan ngan air asam Chef Kamarul,di bawah ni iza sertakan resipinya ye...

Bahan Air Asam Meletup(chef Kamarul)
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 cm belacan
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kesum-cincang kasar
1 biji tomato-dipotong kiub kecil
1 batang bunga kantan-dicincang halus

Cara penyediaan
1. Untuk membuat air asam,kisar cili merah,cili padi,belacan bersama air asam jawa.
2. Tuangkan bahan dikisar di dalam mangkuk,masukkan gula merah,kerisik,daun kesum,tomato dan  
    bunga kantan.
3. Gaul sebati dan hidangkan bersama ayam yang di goreng tadi.

Selasa, 24 April 2012

APAM SODA KEMBANG SETAMAN

Assalamualaikum....pada semua kawan-kawan semua.Lebih seminggu tak buat n3,bukannya apa, tenet ada problem.Hanya dapat jengok n say hai kat kengkawan dalam handfone je...Dalam seminggu ni,ada beberapa resepi kengkawan yang sempat Iza cuba.Nanti Iza syer kat sini...





                                Apam Kembang Setaman.Kembang tak??? kembang tak???...




APAM SODA KEMBANG SETAMAN
Sumber rujukan:Che Rus D'Dapur
              Olahan:Iza

Bahan-Bahan

250 gm tepung gandum (ayak)
200 gm gula halus
2 sk ovellate
200 ml ice cream soda
2 biji telur
1/2  sk garam
1 sb esen vanilla & strawberry paste n pandan paste

Cara penyediaan

1. Satukan semua bahan (kecuali pewarna) dalam mangkuk mixer,Pukul hingga kembang.
2. Asingkan 1/2 bahagian  untuk diwarnakan (ikut suka)
3. Masukkan dalam acuan berselangseli,mengikut warna yg disukai.
4. Kukus selama 4 hingga 5 minit atau sehingga masak dengan api yg besar,supaya apam dapat
    berkembang  sepenuhnya.
5.Terlebih dulu panaskan periuk kukusannya ye...




                                                   Apam yang tersangatlah gebunya.
                                                               Selamat mencuba.....




Rabu, 18 April 2012

BUN LEMAK MANIS


     Assalamualaikum...
Salam pagi Khamis,harap kengkawan semua sihat selalu hendaknya.Tetiba ja terasa ingin meroti,tapi rasa was2,takut x menjadi...Bukan senang menguli pakai jejari ku yg selim melim ni.Tapi ku gagahi juga mencubanya....Jom kita tengok menjadi ke..???




Ni sebelom masuk oven.Letak dalam mangkuk cup cake,tunggu ia mengembang.




   Resepi ni iza guna resepi dari rosmarlina@jintanmanis.com.Resepi doh asas roti manis.Rata2 kawan -kawan bloger yang mencubanya menjadi.Resepi doh asas roti manis iza syer kat sini ye...

DOH ASAS ROTI MANIS
Sumber Resepi:rosmarlina@jintanmanis

Bahan- Bahan

300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur(tinggalkan sedikit utk diglis pada roti nanti)
2 sudu besar butter@majerin
180 ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh di ganti dengan 2 sudu besar water roux

*utk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu segar@+beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yg telah direbus
sedikit gula 
(iza letak mix butter+gula)

Cara Penyediaan Doh

1.Bagi yang pakai Bread Maker mungkin dah sedia maklumkan (iza x letak kat sini yee)sory iza pakai tangan je..

2.Yang guna tenaga tangan,macam ni...masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.Tips utk dapat doh yg lembut,ambil plastik bersih dan letak doh didalam plastik
tu,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8-10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi kan kepada beberapa bahagian,biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit,baru dibentukkan mengikut bentuk yg digemari.Iza bulat-bulatka aje n letak butter+gula didalamnya.Setelah dibentuk biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun,bakar pada suhu 180c selama 18-20 minit atau permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas radai,dan simpan dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.

Selamat Mencuba.

Kejadian bun iza,tak segebus kengkawan punya .Tapi boleh la diterima makan oleh anak-anak.

Tip tambahan:Sebelum roti di bentuk,bulat2kan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7-8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,masa ini penting bagi mendapatkan bun yg elok teksturnya,dan juga bagi memastikanpermukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.(di petik dari blog ros jintanmanis)

 

Isnin, 16 April 2012

PUDING PERMATA

    salam semua.... petang semalam sempat iza memuding,atas permintaan si hero iza, yg nak sangat makan puding.Memang kegemaran anak2, iza puding n agar2 ni..ibunye je... jarang nak buat.So atas permintaannya yg berulang kali tu maka terjadinya PudingPermata ni...Bekenan ngan puding yg di tayang kat dapur Izahdaut..sbb ada cekelat tergoda you..Resepi dari kak Rossitam.Jom kita layan ini resepi...Minta izin yg empunya resepi..ye...Iza nak tayang kat sini pulak.








Memang lemak berkerim...gitu..


PUDING PERMATA
Resepi: kak Rossitamz@blogspot.com
Di olah oleh:Izzahdaut
                : Iza

Bahan-bahan untuk agar2:

300 ml air
200 ml susu cair(iza guna susu segar)
125 gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

Bahan untuk Kastad

500 ml air
400 ml susu susu cair/susu segar
250 gm gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
11/2 sudu besar tepung kastad-di bancuh dengan 3 sudu besar air

Cara penyediaan

Untuk agar2:
 Masak air,susu dan gula pasir hingga mendidih.Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar  dan masak hingga mendidih,Tapis agar2 ke dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk,potong dalam bentuk dadu yg comel2.Ketepi kejap.



Untuk kastad:
 Masak air,susu dan gula hingga mendidih,masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.Masukkan pula serbuk agar2 dan masak hingga mendidih dan pekat.Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar2 tadi) dan masukkan pula agar2 yang dipotong dadu tadi.Sejukkan hingga keras.



Sedap di makan bila-bila saja...Selamat mencuba bagi yg tak mencuba lagi...





UDANG GALAH MASAK SAMBAL WANGI

  Assalamualaikum...Sahabat semua..Kelmarin my cik abang Iza,p memancing udang galah,dapatlah dalam 7 ekor gitu.Dalam kepala ni dok mikir nak masak apa,anak2 awal-awal lagi dah pesan x mau masak kari udang tu.Maka misi mencari resepi pun bermula...Klik punya klik jumpa la resepi kat Myresipi.com Udang Galah Masak Sambal Wangi oleh Pak Wan.Resepi ni adalah masakan warisan yg diturunkan oleh datuk beliau kepadanya.Meh kita cuba...Izinkan iza syer kat sini ye Pak Wan..











UDANG GALAH MASAK SAMBAL WANGI
Sumber rujukan:Myresipi.com.Oleh:Pak Wan
Di olah:iza
Bahan-Bahan

1 kg udang galah
2 biji bawang besar (dimayang halus)
6 biji bawang kecil(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
3 cm halia(dikisar)
1 batang serai(dikisar)
3 cm lengkuas(diketuk)
2 sudu besar sos tomato
3-5 daun sup& daun bawang
15-24 batang cili kering(dikisar)
2 biji ubi kentang (di buang kulit dan dipotong nipis2)(iza Tambah)
Minyak masak,gula dan garam mengikut citarasa

Cara Penyediaan

1.Tumiskan bawang yg telah dimayang sehingga layu,kemudian masukkan semua bahan2 yg di kisar
   dan tumis sehingga garing.
2.Setelah bahan yg ditumis garing,masukkan lengkuas dan sos tomato,ubi kentang serta gaul sehingga
   sebati.Biarkan ubi kentang empuk.
3.Kemudian masukkan udang yg telah dibersihkan dan garam secukup rasa,masak sehingga air yg
   dikeluarkan udang kering.
4.Akhir sekali setelah sambal masak,tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

   Siap untuk di hidang..(resepi ini utk angaran udang 1 kilo,Udang iza x sampai 1 kilo so iza kurangkan bahan2nye...)


Jumaat, 13 April 2012

PUDING SUM-SUM PANDAN

       Selamat pagi sabtu pada semua...harap ceria selalu .Petang semalam sempat iza menyediakan pemanis mulut yg iza intai-intai kat dapur CT.First time iza buat ni,saja nak test selera anak2 iza sebab diorang x pernah  makan dan tengok pun.Bila dah siap,semua tanya kuih apa ni ,makan macam mana ibu? Jom kita tengok kat bawah ni.First..Izinkan iza tayang resepi  kat sini yee..Kak CT.Tak habis2 iza dok intai2 dapur kak Ct kan.







PUDING SUM-SUM PANDAN
Sumber:Lina PG
Di olah:Che CT
          :Iza

Bahan-Bahan Puding

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800 ml santan
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulcho (iza guna pandan paste

Bahan Sirap Gula

Sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan-disimpul

Cara Penyediaan

1. Masak sirap gula hingga larut dan tapis.Ketepikan
2. Satukan kesemua bahan puding dalam periuk dan gaul rata.Tapiskan adunan dan masak hingga
    pekat dan kilat.Kacau hingga adunan meletup-letup
3. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan  yg di basahkan dahulu dan sejukkan.
4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Sedia untuk di makan....selamat menjamu selera....



    Respon anak-anak iza bila makan...ok-ok la,mungkin sebab x biasa makan,tekak x boleh terima lagi kot.Hb iza...layan je...

Khamis, 12 April 2012

APAM INDON

     Selamat petang pada semua.Bersyukur hendaknya kita dapat bersua di alam maya ni lagi.Harap semuanya berada dalam keadaan tenang selepas kejadian semalam.
Hari ni nak tayang Apam Indon yg Iza buat minggu lepas.Ramai dah kawan2 yg dah buat,Iza yg ketinggalan kot.Tengok  kak Ita Masam Manis buat punya la mengancam... terpanggil iza utk mencubanya.Iza buat macam2 warna,nak kata macam pelangi edak la pulak.Mohon tuan punya resepi...Iza nak tempek resepi kat sini pulak ye...



APAM INDON
By:Blackmore Forum Cari
Sumber:Ita Masam Manis

Bahan-Bahan

5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan(ita guna santan)Iza guna susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara Penyediaan

Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek,balut penutup dgn sehelai kain.Sediakan
loyang ukuran 9"inc
Oleskan dgn minyak dan alas dasar loyang dgn baking paper

1.Ayakkan tepung bersama baking powder
2.Campurkan garam kedalam susu
3.Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang
4.Masukkan gula sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan esen vanilla.
5.Kurangkan kelajuan mixer.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
6.Bahagikan beberapa bahagian,untuk di warnakan mengikut sesukaan.Masukkan adunan yg telah
   diwarnakan berselang seli,mengikut kesukaan anda.Kalau nak buat macam kak ita,boleh pergi kat
    blog Masam Manis.
7.Kukus selama lebih kurang 30-40 minit atau hingga apam masak sempurna.



       Selamat mengapam....

Rabu, 11 April 2012

MENU TENGAHARI KU

     Menu tengahari ni...Buat yg simple je..Kari Bawal,Kangkong Goreng Belacan n Sambal Belacan.
Resepi main agak-agak je,ikut kesesuaian tekak keluarga iza.Jom kita layan sekejap.....





      Selalunya kalau kari iza selalu guna rempah kari yg peket tu dan iza akan tambah 10 biji cili kering,rempah biji 2 sudu kecik,jintan putih 1sudu kecik,sedikit kunyit dan bawang besar sebiji.Semua
bahan tu iza blend halus dan baru tumis.Iza suka pedas dan x pakai santan yg banyak.


DONUT KELEDEK

        Assalamualaikum semua rakan2 blogger....Selamat bercuti n beristirehat bersama family tercinta...
Semalam ronda2 dapur kengkawan,rata2 ramai yg dah buat donut paaaling sedap ,Resepi asal dari Kak wan.Seronok baca kisah  si abang n si adik tentang donut paaaling sedap ni.Terpanggil pula iza nak mencubanya .Meh iza panjangka resepi donut kentang ni kat sini pula.Minta izin yee... yang empunya resepi....





DONAT KENTANG/KELEDEK
Resepi Asal:Kak Wan
Olahan:Izahdaut
          :Kak Madiha
          :Mama Sara Nu
          :Iza

Bahan-Bahan
200 gm tepung gandum
11/2 sk yis segera mauripan
100 gm ubi keledek
1 sudu besar susu pekat manis
50 gm gula halus(iza guna 25 gm,sebab keledek dah manis)
11/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60 ml air
gula ising untuk salutan(Iza guna gula kastor)
minyak utk menggoreng

Cara Penyediaan
1. Kupas keledek, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus  ketika masih panas.Sejukkan.
2. Satukan tepung,gula dan yis gaul rata.Masukkan keledek lenyek dan bahan2 lain kecuali air.
    Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan
    elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dgn kain/pelastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donut dan letak diatas dulang yg ditabur sedikit tepung.Rehatkan
    selama 20 minit lagi hingga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga  kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka


Terima Kasih kepada empunya resepi  yang meletop......ni.Selamat mencuba..


Isnin, 9 April 2012

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

   Salam teman2 semua...Dah dua tiga hari tak buat n3...sibuk sangat ,x sempat nak mengadap leptop pun.
Intai blog kengkawan dalam handfone je...Singgah kat blog kak ita, bekenan dgn pulak ngan Kek Lapis Cheese Pesona dia.Memang terpesona,kalu  tengok...Iza pun dgn semangat berkobar2 ingin mencuba,OK gak kejadiannya,tapi taklah secantik yg kak ita buat...Apa2 pun jom kita layan...izin tayang resepi kat sini ye...kak.

KEK LAPIS CHEESE PERSONA





KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber:Ryoazhar
           :Ita  Masam manis

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600gm(iza guna biskut tiger koko macam kak ita
500ml susu segar dipanaskan

Bahan B
500gm cheese cream(philadelpia/tartura)
10ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara Penyediaan
Sediakan loyang berukuran 9x9(iza guna loyang bulat 8"
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti
Lapik dasar loyang dengan baking paper

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yg suam2 panas angaran 1 saat
Dan terus susun dalam loyang
Pastu sapukan adunan cheese diatasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut dgn kaedah yg sama selapis demi selapis,kemudian sapukan lagi adunan
cheese tadi.Ulang proses melapis hingga habis
Biarkan lapisan cheese diatas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian kisar baki biskut yg ada,taburkan dgn cara menapis serbuk biskut tu,diatas lapisan cheese
Tekan2 sikit permukaan tu
Masukkan dlm peti sejuk,dan biarkan selama sekurang-kurangnya 6 jam,sebelum dipotong.


Selamat mencuba.Tak rugi mencuba sedap sangat.....


Rabu, 4 April 2012

KUIH BINGKA CRACKER BERJAGUNG

       Salam pagi khamis..Moga ceria-ceria selalu.Iza rasa bersyukur sangat diatas sokongan n lawatan kawan-kawan di alam maya ni ke blog iza yg masih bertaktih dan harap maaf,jika ada tulisan di blog ini kurang menyenangkan.Semalam iza ada mencuba resepi dari Dapur Che CT Delima.Suka sangat ianya menjadi...Iza tayang resepi di sini pulak ye..CT





BINGKA CRACKER BERJAGUNG
Resepi: kh 267tm
Sumber:Che CT Delima

Bahan-Bahan

140 gm biskut cracer-20kpg(iza guna cracker perasa jagung)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
450 ml santan pekat +270 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sk pandan emulco(iza x letak)
1/2 pewarna hijau (iza lupa letak,iza pakai pandan peaste je)
1/2 cawan +2 sudu besar jagung cream dlm tin
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam
Bijan untuk hiasan(tabur)

Cara Penyediaan

1. Panaskan oven suhu 180c selama 10 minit.Lengserkan loyang dgn minyak masak dan masukkan
    loyang dalam oven 5 minit masa terakhir
2. Blend biskut cracker bersama tepung dlm blande hingga halus,ketepikan
3. Bland telur,gula,santan,pewarna hijau,pandan peaste(emulco),esen vanila dan secubit garam hingga
    gula larut
4. Masukkan tepung yg telah di blander bersama biskut dan jagung cream sedikit2 dan blender lagi
    hingga sebati
5. Keluarkan loyang dari oven dan tuang adunan pelahan2.Tabur bijan diatasnya jika suka.
6. Bakar selama 1 jam atau himgga keperangan diatasnya
7. Sejukkan betul-betul dahulu baru di potong.





    Assalamualaikum...sahabat semua,diharapkan semoga semuanya beroleh kesihatan yang baik hendaknya.N3 kali ni iza nak berkongsi resepi kek yg simple juga...resepi dari dapur kak Madiha. .Rasanya resepi ni singgah dari satu dapur ke dapur...n sekarang singgah pulak kat dapur iza...Minta izin pada yg empunya resepi ni ye...nak syer kat sini....


BLENDED ORANGE CAKE



BLENDED ORANGE CAKE
Sumber:Azlita Masam Manis
           :Mamawandiha
           :Fida@ My Resepi
           :Hasue

Bahan-Bahan

1 biji buah limau(oren)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus(iza letak 1 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder*  di ayak bersama
1 sudu besar sunquick (iza tambah)

Cara Penyediaan

1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong kecil
2.Masukkan kedalam blender bersama minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus
3.Tuang bahan yg di kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil
   kacau sebati
4.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris
5.Bakar pd suhu 170 c selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak

Selamat mencuba...


Ahad, 1 April 2012

PUDING ROTI PANDAN KUKUS

       Salam untuk semua....Diharapkan kengkawan semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.Sempena masuknya bulan baru ni,iza nak berkongsi satu resepi yang mudah membuatnya.Resepi ni iza ambil dari dapur Che CT.Mintak izin nak tampal resepi  kat sini ye CT.Iza ni suka dengan resepi-resepi yg simple2 dan bahan2 yg dah ada didapur iza.Resepi yg susah2 n rumit2 tu,nanti iza pelan2 belajarlah ye.....Mai lekas kita tengok .......




PUDING ROTI PANDAN KUKUS

Resepi :Dari Dapur Che CT Delima

Bahan-Bahan:

12-14 keping roti putih/gardinia(tak perlu buang kulit tepi) 
15 helai daun pandan(dipotong kecil2)
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur(dipukul ringan)
1 cawan gula pasir(kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis(utk tabur) iza x letak
sedikit pewarna hujau
sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Daun pandan,kelapa parut dan air di blend sekali.Tapis untuk mendapatkan santan yg kini telah 
    berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar,masukkan telur,gula pasir dan santan tersebut,kacau sekejap utk melarutkan 
    gula.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau,kacau hingga rata.
4. Celupkan roti dlm campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dlm loyang.
    Buat sampai habis.Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit.Sejukkan baru di potong.