Meh Follow

Sabtu, 26 Mei 2012

APAM STRAWBERRY N PANDAN


APAM STRAWBERRY  N  PANDAN

     Edisi minum petang.Sebenarnya Iza buat minggu  lepas,masuk hari ni dah 3 kali Iza buat.Anak-anak Iza memang sangat suka apam ni.Resepi apam ni Iza intai kat dapur Kak Noor,jauh tu...seberang laut youuu...Kak Noor buat versi gula merah,Iza buat guna gula putih n letak pandan n strawberry.Kak Noor.. mohon halalkan resepinya yee..n Iza nak pamirkan kat sini juga.


                                                                   Apam versi strawberry



APAM  STRAWBERRY N PANDAN
Sumber rujukan: Dari bicara kak Noor
Bahan-Bahan
1 cawan air
3/4 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)Kak Noor letak 1/2 gula melaka +3 sudu gula pasir.
1 helai daun pandan
2 cawan tepung
1 sudu kecil yis
3/4 cawan air
secubit garam,pandan n strawbarry paste ,sedikit pewarna hijau, merah dan kelapa parut.

Cara Penyediaan

1. Masak gula pasir bersama daun pandan sehingga gula larut dan sejukkan.
2. Larutkan yis bersama 3/4 cawan air,kacau sehingga yis tidak berbiji
3. Masukkan campuran gula putih,larutan yis kedalamnya dan kacau.
4. Masukkan tepung dan secubit garam dan kacau supaya tidak berbiji.
5. Bahagikan  adunan kepada 2 bekas,letak pandan paste n strawbarry paste serta pewarna setiap adunan
6. Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehingga naik 3x ganda.
7. Tuang kedalam loyang/acuan yg telah dilengserkan dengan minyak masak.
8. Kukuslah sehingga masak selama 30-35 minit
9. Sejukkan dan gaullah dengan kelapa parut yg sudah di gaulkan sedikit garam

Selamat mencuba.....kalau nak buat versi gula merah boleh nengok sini.



                                                                        Apam versi pandan




Selasa, 22 Mei 2012

APAM POLKADOT

     Salam semua ...Di  harapkan teman-teman semua sihat-sihat hendaknya.Hari ni Iza nak kongsi resipi yg rata-rata dah ramai teman-teman dah membuatnya.Iza buat pada sabtu lepas.Resipi ni Iza rujuk kat Dapur CT Delima.Izinkan Iza letak resipi  kat sini pula yee...CT.







APAM POLKADOT
Resipi:Rima
Sumber Dari:Dapur CT Delima

Bahan=Bahan
3 biji telur sejuk-dari peti ais
250 gm gula
284 gm tepung superfine
21/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
160 gm santan pekat (iza guna susu segar)
1 sudu teh esen vanila

Inti
Ct letak jem blueberry(Iza x letak inti)

Cara Penyediaan
1. Pukul kesemua bahan2 sekaligus,dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan kembang(pukul dalam
    anggaran 5 minit
2. Paipkan adunan separuh penuh ke dalam peper cup
3. Boleh letak inti kesukaan .
4. Tutup dengan adunan sehingga hampir penuh
5. Kukus 15 minit dengan api  sederhana,jangan guna api besar,takut apam merekah
    Balut penutup kukusan dengan kain bersih,agar air kukusan tidak menitik atas apam




Sangat gebu dan sedap...lagi sedap jika letak inti.Selamat mencuba.



Isnin, 21 Mei 2012

VANILLA CHOC CHIPS CAKE

 
   Assalamualaikum.... bertemu kembali....harap teman-teman tak lupa kat iza ye...Dah lama tak buat n3...banyak yang Iza nak kongsikan kat sini.Kebanyakan n3 yg akan iza kongsikan adalah yg telah Iza cuba buat tapi x berkesempatan nak letak kat sini.Salah satunya..jeng...jeng..,resipi dari "The Writer's Cooking" sapa lagi.....Shahriah Abdullah MC.. tu...Resipi yg senang n memang sedap, sampaikan di ulang-ulang membuatnya atas permintaan anak-anak.Sha...izinkan Iza tempek resipi kat sini ye....Iza letak dalam paper cup...senang nak nak ngap...tak yah nak potong-potong.Gambar yg kat bawah tu,percubaan kali yg ke dua Iza buat.Sempat  juga di ambil gambarnya.Tapi percubaan pertama x sempat ambil gambar...dah habis di makan  anak2 ketika panas-panas lagi.








VANILLA  CHOC  CHIPS CAKES
Sumber rujukan:Shahriah Abdullah Novelis

Bahan-Bahannya
250 gm mentega
200 gm gula kastor
280 gm tepung kek + 1 sudu teh baking powder + sedikit garam
4 biji telur
2 sudu esen vanilla

Bahan Tabur
150 gm coklat chip
300 gm coklat buku dicairkan

Cara Penyediaan
1.Putar mentega,gula dan telur hingga gula larut.
2.Masukkan esen vanilla dan putar sebati
3.Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan gaul sebati.
4.Tuang sedikit adunan dalam paper cup,tabur coklat cip dan coklat cair.
5.Tuang sekali lagi adunan hingga 3/4 penuh dan tabur coklat cip diatas dan coklat cair.
6.Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau sehingga masak.

Jika nak tau cara yang lebih detil boleh ke sini.



Yang ni percubaan kali ke 3.Sempat letak cekelat cair


.

Buat Sha thanks for the recipe.Sape-sape yang nak mencuba.....silakan.