Meh Follow

Sabtu, 23 Jun 2012

BISKUT COKLAT URAI RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...Salam Ahad pada semua kawan-kawan yag sudi singgah ke dapur Iza yang kejap timbul,kejap tenggelam dek kesibukan yang tiada penghujungnya.Hari ni sama juga,memang masa mencemburui Iza untuk mengadap leptop ni lama2.Kisahnya.... jom kita intai-intai resepi biskut  raya yee...Resepi ni Iza ambil dari buku Chef Anuar.Sedappp  dan ranguppp sangattt....



BISKUT COKLAT URAI RANGUP

Bahan-Bahan
140 gm mentega
70 gm gula kastor(iza letak 50gm,sebab iza letak coklat cair)
1/2 camca teh esen vanila
1/2 camca besar pes coklat perasa kacang hazel
1 biji kuning telur
100 gm tepung gandum
100 gm tepung berserbuk penaik
60 gm coklar urai
70 gm coklat masakan,cairkan

Cara Penyediaan
1. Putar metega bersama gula dan esen vanila sehingga lembut dan masukkan pes coklat perasa kacang hazel dan coklat masakan yg dicairka tadi.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata.
3. Gaul tepung gandum bersama tepung berserbuk penaik di dalam bekas berasingan dan tuang kedalam adunan mentega.Kacau rata.
4. Masukkan coklat urai dan uli sehingga menjadi doh.(jika adunan terlalu lembut,tambah tepung sikit.
5. Canai adunan setebal lebih kurang 7mm dan tekap dengan acuan yg disukai.
6. Letak biskut diatas dukang bakar yg telah dilengser sedikit majerin dan sapu telur diatasnya serta cuklat urai.
7. Bakar sehingga masak pada suhu 160 C lebih kurang 15 ke 20 minit.
8. Sejukkan  dan simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba...Boleh buat untuk raya nanti.....

Khamis, 21 Jun 2012

BUBUR CACA DWI WARNA


BUBUR CACA DWI WARNA




    Assalamualaikum...Kali ni nak syer resepi bubur caca.Manisan kegemaran seisi keluarga Iza.Selalunya iza akan buat sendiri tepung caca.Resepi ni ikut sukatan sendiri ye...

Bahan-bahan Tepung:
Tepung secukupnya
Air untuk membancuh aduan tepung
Secubit garam
Sedikit pewarna jika suka.
Caranya:
Bancuh tepung dengan air garam sehingga menjadi doh.Boleh letak pewarna semasa menguli.Kemudian  dibahagikan kecil-kecil dan dan canai leper,macam dalam gambar diatas tu...dan disalai dalam kuali tanpa minyak supaya keras sedikit,dan senang nak gunting n supaya ia tak terlalu kembang bila direbus nanti.







Bahan-Bahan Bubur Caca
1.Tepung caca secukupnya
2. Santan
3. Gula ikut kemanisan yg dikehendaki
4. Secubit garam dan daun pandan

Cara-cara Penyediaan
Masukkan tepung caca kedalam air mendidih,rebus hingga kembang sedikit.Kemudian masukkan santan,gula dan garam.Kacau sentiasa hingga mendidih dan apabila masak sepenuhnya bolehlah tutup api.Selamat mencuba..
























Isnin, 18 Jun 2012

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

 

   Hai-hai... Assalamualaikum semua.Hari ni x da masa nak mengomel penjang-panjang...ayuh kita masuk dapur.....Nak kongsi resepi dari dapur mamawandiha.Iza berkenan Puding Marble Coklatnya yg mengancam,sedap n senang membuatnya.Pertama... izinkan Iza syerkan resepi puding marble mamawandiha kat sini pula yee...Rasanya ramai kawan-kawan yg dah mencubanyakan....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
Sumber:hanamemories
           :izahdaut
           :mamawandiha

Bahan-Bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gm serbuk agar-agar@sepeket
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan)
2 sudu besar butter@majerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan
Didihka 3 cawan air,gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk
Bland roti,susu pekat,susu cair,2 biji telur dgn 1/2 cawan air hingga halus dan masukkan ke dalam  periuk agar-agar yg telah didih tadi.Masukkan butter,dan kacau rata hingga mendidih lagi.Matikan api.Bahagi kepada 2 adunan tadi.Satu warna asal dan satu lagi adunan dicampur serbuk koko.
(jika menggunakan serbuk koko,bancuh dulu dengan sesudu air panas jadikan pes agar tak berbiji)
Kemudian ambil sesenduk adunan plain@putih dan tuang ditengah2 loyang.Kemudian ambil sesenduk adunan koko dan tuang keatas warna plain@putih tadi.Biarkan puding gerak sendiri ketepi tak payah ratakan atau kacau.Ulang semula adunan putih kemudian koko,buat sampai adunan habis.Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana adunan puding ini akan cepat membeku.Dah siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota: Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2 Dan bagi yg kurang gemar berlemak,boleh kurangkan susu pekat.
Maaf la Iza tak jadi marble macam Mandiha punya.Iza letak ikut suka je...dan lorekkan dengan lidi satey.Apa-apa pun selamat maencuba.


           :

Khamis, 14 Jun 2012

KUDAPAN ANAK-ANAK S"MORES

    Assalamualaikum...Jom kita makan-makan santai ala omputih.Resepi  ni Iza ambil dari Joyofbaking.Untuk perabis stok marshmallows kat rumah ni...Boleh tahan sedapnya...Bahagian bawah rapuh sebab ada biskut dan atasnya kenyal n manis marshmallow gitu...Anak_anak Iza suka sangat...Biasa la kan budak2,memang suka makan manis2.Jom kita tengok resepi....


KUDAPAN ANAK-ANAK S"MORES

Sumber Rujukan:http://www.joyofbaking.com

Bahan-Bahan

1 1/2 cups (150 grams) graham cracker crumbs
2 tablespoons (25 grams) granulated whitesugar
6 tablespoons (3 ounces) (84 grams) unsaltedbutter, melted
Topping:
1 cup (170 grams) semisweet or milk chocolate chips or chunks
2 cups (130 grams) miniature marshmallowsorhomemade marshmallowscut into bite sized pieces


Cara Penyediaan
S'Mores: Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place the oven rack in the center of the oven. Line the bottom and sides of an 8 x 8 inch (23 x 23 cm) square baking pan with aluminum foil. 
Stir together the graham cracker crumbs and the sugar. Add the melted butter and stir until all the crumbs are moistened. Press this mixture firmly onto the bottom of the prepared pan and bake in preheated oven about10 minutes, or just until the crust begins to turn golden brown. Remove from oven and evenly sprinkle with the chocolate chips and marshmallows. Return to oven and bake for another10 minutes, or until the marshmallows are soft, lightly golden, and starting to meld together. Remove from oven and place on a wire rack to cool completely. Once cooled, lift the squares from the pan by holding the edges of the foil. With a long sharp knife, cut into squares. Can be stored at room temperature for several days.
Makes about 16 - 2 inch squares







Sebelum  masuk oven




      Baru keluar oven,marshmallow telah mencair sedikit.


                                                                          
                                                                Ok selamat mecuba...

Ahad, 10 Jun 2012

KEK CHIFFON PANDAN GEBU.....

   Assalamualaikum....Salam Isnin dihulurkan,buat teman-teman yang sudi menatap blog "lemakmanis" yang suam-suam gitu...Hari ni,mesti ibu-ibu mesti terlebih sebok yee...Anak-anak dah mula bersekolahkan....
Ok..kita tinggalkan bab tu...jom Iza nak kongsikan resepi Kek Chiffon Pandan yang telah Iza cuba buat ....
Resepi kek ni,Iza sekodeng di dapur kak Naz Rinn Chan...siap ada step by step lagi.Ramai juga yang dah buah kek chiffon ni rasanya.Meh  kita tengok resepi pulak....

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber: Irene Chia
            :http://rinnchan.fotopages.com

Bahan-Bahan A(di ayak 3 kali)
150 gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70 gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil
115ml jus pandan(Iza guna pandan paste +air)

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara Penyediaanya

1.Bland 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak(jika guna daun pandan la)
2. Dapatkan 115ml jus pandan.(Iza guna pandan paste 1 sudu teh +air masak jadikan 115ml Jus pandan)
3. Gunakan hand mixer utk memukul bahan B
4. Masukkan corn oil dan teruskan memukul.
5. Putar hingga kembang.
6. Masukkan jus pandan.Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambah sedikit pewarna hijau,jika suka
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung.Dengan menggunakan sepatula kacau setakat tepung hilang dari    pandangan.Jangan terlebih kacau.
10. Dengan kelajuan tinggi,putar putih telur hingga kembang.Masukkan cream of tartar dan terus memutar.Masukkan gula castor  dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar.Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
11. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi kedalam bancuhan kuning telur yg dah jadi hijau tadi...
12. Kaupbalikkan hingga rata.Jangan di putar.Jangan risau kalau adunan kelihatan berketul-ketul kerana memang itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yg gebu dan berongga.
13. Tuang bancuhan di atas,dalam mangkuk yg berisi separuh lagi,putih telur yg telah di pukul kental tadi.
14. Kaupbalikan adunan sehingga rata dan sebati.
15. Tuang kedalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dulu 175 darjah cel.Lebih kurang 20 minit awal.Bakar selama 40 minit-45 minit.Atau hingga masak


Kek yang belum dikeluarkan dari acuan.Tapi x tau lah kenapa macam gunung berapi kat atas tu...(merekah)
Mungkin oven terlalu panas kot...tapi nanti boleh try lagi...Apa apa pun keknya teramatlah lembut dan gebuuuu... sangat.Sape-sape nak cuba ...silakan lah yeee... Kalau nak tengok stap by step boleh tengok kat sini.

Selamat menjamu selera....

Jumaat, 8 Jun 2012

JALAN-JALAN TENGOK ANGGUR

JOM JALAN-JALAN TENGOK ANGGUR........


Ikut hati nak petik je...tapi dilarang petik....pegang pun jadilah......


Minggu lalu,sempat juga bawa anak2,jalan tengok ladang anggur di Sik, Kedah.Kebetulan ada kenduri di rumah saudara di daerah Sik.Lepas habis je makan kenduri...adik sebelah suami ajak Iza sekeluarga ke ladang anggur di Sik.Memang dah lama teringin pergi ke sana,tapi x dak masa.Anak2 bila dengar je ladang anggur......semua teruja habis.Tapi tu la, hanya dapat tengok n pegang je.....tak boleh di petik.Masa iza pergi tu buah belum  cukup masak lagi.tapi kalau nak merasa bolehlah beli ,memang ada dijual di kawasan ladang tu.Iza belilah juga...anak2 nak merasa anggur Malaysia.Tak sempat nak bawa balik,habis kat situ juga.....










Ronda-ronda dengan bot di kawasan tasik Beris.




Gambar di bawah ni adalah  dari http://suhaime59.wordpress.com.Banyak info yang yg diberikan.Nak tau lebih lanjut dan lihat gambar yg menarik,sila singgah sini.Kalau datang ke Kedah jangan lupa singgah sini.....


Kemudahan yg disediakan.

Khamis, 7 Jun 2012

PIZZA HIGH 5

    Assalamualaikum...Apa khabar semua....semoga gembira bersama keluarga.Meh kita tengok resepi yang satu ni,simple n sedap.Sapa-sapa yg nak mencuba....silakan ye..Jom kita masuk dapur.


PIZZA HIGH 5(sajian pantas)
Bahan- Bahan 
*Beberapa keping roti High 5(roti apa pun boleh)
*Berapa batang sosej (Iza guna yang ada perasa blackpaper) di potong nipis
*Sedikit sos pizza,untuk sapu atas roti
*Cheddar cheese (untuk tabur,iza guna KRAFT CHEDDAR)
*Sedikit cili sos
*sedikit Mayonis
*Boleh tambah cendawan,nenas atau apa saja......macam pizza kat kedai tuuu....

Cara Penyediaannya sama saja,macam pizza yg biasa.
1. Roti disapu sos pizza
2.Kemudian susun sosej diatas roti,Tabur cheddar cheese dan bolehlah di bakar dalam oven selama 10-15 minit atau hingga roti garing sikit .Last sekali boleh letak mayonis dan cili sos.

Iza tak letak apasaja jenis sayur sebab anak-anak iza cerewet tentang sayur.
Selamat Mencuba.....

Selasa, 5 Jun 2012

KUIH KASWI GULA MERAH

Salam semua sahabat-sahabatku yang dikasihi...diharap semuanya beroleh kesihatan yang baik hendaknya.Aminnn.....Dah tak beberapa hari je lagi sekolah akan bermula,harap semua anak-anak mempunyai bersemangat baru ,setelah bercuti panjang...yee...Dikesempatan ini Iza ingin berkongsi  satu resepi yg menjadi kegemaran Iza dari kecil hinggalah sekarang.Ramai rakan-rakan yang dah mencubanya.Resepi ni Iza copy dari yatiememorie.Izinkan Iza panjangkan kat sini yee...





KUIH KASWI
Sumber :yatiememori
Bahan-Bahan:
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cawan air*
3 helai daun pandan*
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air
loyang atau acuan lompang yg disapu dgn sedikit minyak masak
kelapa parut + garam

Cara Penyediaannya
1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir,gula merah dan daun pandan.
2. Masak hingga gula larut.Ketepikan dan sejukkan dulu.
3. Ayak kesemua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur dan kacau sebati
5. Tapis air gula ke dalam tepung,gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
   atau  boleh di bland.
6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
7. Sapu loyag/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
8. Tuang bancuhan tepung kedalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Kalau acuan kecil ,masa kukus adalah 15 minit.
10. Sejukkan kuih baru di keluarkan dari acuan.
14. Boleh dihidangkan dgn kelapa parut bercampur sadikit garam yg telah dikukus juga saketika supaya tahan lama.
15. Bagi yang mengukus dalam loyang ,kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air dapat diserap.

Ok selamat mencuba...



Ahad, 3 Jun 2012

MERRY BISCUIT LAYERED CAKE

     Assalamualaikum......buat teman-teman semua... Dah lama x buat n3,sunyi sepi je blog iza ni yee...Ada ke yang sudi ziarah blog iza yg x seberapa ni.?????,Ya... la blog Iza ni masih bertaktih berbanding  kawan-kawan yg dah lama dalam berblog ni dan sumenye dah pakar dalam hal masak memasak.Apa-apa pun terima kasih  pada kawan-kawan yg sudi singgah n tinggalkan komen kat blog Lemak Manis.Terima Kasih juga di atas perkongsian resepi dari kalian,harap halalkan semua resepi yang Iza telah cuba ya... Resepi yang iza nak kongsikan kali ini...adalah resepi  hasil dari air tangan Kak Azlita Masammanis.Iza sangat teruja dengan semua masakan kak Ita,dari cara penyediaannya hinggalah cara merakam foto masakanya.Mek kita jamu mata yee...


Tak berapa cantik kejadiannya....maklumlah pertama kali buat kek lapis ni..Kak Ita guna Sultana Biskut,Iza guna biskut Marry coklat.Resepi kek ni dalam majalah Aroma keluaran Jun.




MERRY BISCUIT LAYERED CAKE
Sumber Rujukan: Blog masammanis (kak Azlita)

Bahan-Bahannya.
5 biji telur-grad A yg sejuk dari peti ais
225 gm gula halus
220 gm tepung gandum
1 sudu kecil rata baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco dan pewarna hijau
Biskut Sultana secukupnya (Iza guna Biskut merry)

Cara Penyediaan
1. Panaskan kukusan.Sedikan loyang 8" x 8". Sapukan minyak dan  alas dasar loyang dengan baking paper.
2. Ayak tepung dan baking powder,kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali
    minyak,biskut,pandan emulco dan pewarna.
3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
4. Kemudian masukkan minyak jagung/masak dan gaul adunan secara kaup balik sehingga  adunan sebati. 5. Masukkan pandan paste dan pewarna hijau gaul sebati.
6.Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
7. Kukus selama 5-7 minit.Angkat.
8.Susunkan kepingan biskut atas lapisan pertama.
9.Tuangkan lapisan ke dua dan kukus lapisan ke dua selama 5-7 minit lagi.
10.Ulang cara yang sama hingga habis semua adunan.
11.Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara  keseluruhannya.
12.Setelah kek masak ,biarkan dalam loyang selama 10 minit.
13.Kemudian terbalikkan atas redai.
14.Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

*Loyang hendaklah sentiasa ditutup dengan kertas aluminium semasa  mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis atas kek.

Selamat Mencuba...