Meh Follow

Khamis, 29 Mac 2012


 
       Seperti biasa selamat petang semua,semoga hari- hari yang kita lalui,penuh denga keberkatan hendaknya.Amin....Sejak akhir ni tersangatlah rajin masuk dapur,mungkin semangat dari kawan2 blogger kot..Hari ni nak kongsi resepi KERABU MANGGA.Buah mangga ni diberi oleh jiran iza,nak menyicah(kata org penang) sebiji bolehlah,ada 2,3 biji lagi nak buat apa???.Cari punya cari,jumpalah resepi kerabu kat dapur Che Mat Gebu.Mintak izin nak syer resepi ni ye CMG.


KERABU MANGGA KERISIK ALA SIAM
Oleh:CMG

Bahan-bahan

3 biji mangga epal(iza guna macam dlm gambar tu,x tau nama)
4 biji bawang merah-hiris halus
1 batang serai,ambil bhg putih saja-hiris halus(iza guna 2 btg)
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
sedikit daun ketumbar-hiris halus(iza tak letak)
5 biji cili padi-hiris halus
2 camca besar udang kering-rendam dlm air panas sekejap,tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir(iza agak2 je)
1 camca besar perahan limau nipis
2 camca besar sos cili Thai(iza letak sikit je)
4 camca besar kerisik(2 saja)
sedikit garam jika perlu

Cara Penyediaan

1. Dalam mangkuk besar,campurkan mangga dengan semua bahan2 yang dihiris dan dimayang
    tadi.Gaul rata.
2. Masukkan gula,udang kering,jus limau nipis,sos cili thai dan akhir sekali kerisik.
3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbang rasa ikut selera masing2.hidangkan





      Kawan-kawan mesti cuba ,tak rugi...salah satu pembuka selera yg uuup..Selamat mencuba.

4 ulasan:

  1. AS'salam Iza

    Alahai,pagi2 nampak pulak kerabu mangga ni, air dalam mulut dah penuh aje rasanya. sedapnya kalau makan dengan ikan kering sepat atau gelama ni Iza :)

    BalasPadam
  2. Memang sedap ct...iza ngan hb je yg makan,anak-anak tak reti.

    BalasPadam
  3. Salam kenal Iza,

    Maaf yer dah petang baru nak datang jenguk Iza..
    waaa ada kerabu kat sini akak suka buat kerabu kalau
    ada mangga muda,ratah gitu ajer...datang selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk kak asma,sudi singgah sini.selalu la singgah sini ye......

      Padam