Meh Follow

Jumaat, 13 April 2012

PUDING SUM-SUM PANDAN

       Selamat pagi sabtu pada semua...harap ceria selalu .Petang semalam sempat iza menyediakan pemanis mulut yg iza intai-intai kat dapur CT.First time iza buat ni,saja nak test selera anak2 iza sebab diorang x pernah  makan dan tengok pun.Bila dah siap,semua tanya kuih apa ni ,makan macam mana ibu? Jom kita tengok kat bawah ni.First..Izinkan iza tayang resepi  kat sini yee..Kak CT.Tak habis2 iza dok intai2 dapur kak Ct kan.







PUDING SUM-SUM PANDAN
Sumber:Lina PG
Di olah:Che CT
          :Iza

Bahan-Bahan Puding

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800 ml santan
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulcho (iza guna pandan paste

Bahan Sirap Gula

Sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan-disimpul

Cara Penyediaan

1. Masak sirap gula hingga larut dan tapis.Ketepikan
2. Satukan kesemua bahan puding dalam periuk dan gaul rata.Tapiskan adunan dan masak hingga
    pekat dan kilat.Kacau hingga adunan meletup-letup
3. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan  yg di basahkan dahulu dan sejukkan.
4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Sedia untuk di makan....selamat menjamu selera....



    Respon anak-anak iza bila makan...ok-ok la,mungkin sebab x biasa makan,tekak x boleh terima lagi kot.Hb iza...layan je...

14 ulasan:

  1. assalam iza
    sedapnye makan time gini...sejukkk je
    bubur sum-sum ni setengah org letak dlm daun pisang pastu kukuskan, yg tu penah akak makan he he suke jugak sb lembut pastu air gula he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mama sarah,Iza memang x pernah makan sum2 ni,first time buat,sedap..cuma anak2 je x berapa..

      Padam
  2. SAlam... aduhaiiii sedapnyaa............................ hingga tak terkata... nak sebiji pun jadilah... tq...:)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...shahriah...tinggal air gula je,sum2nye boliau.he..he

      Padam
  3. Salam perkenalan k.iza...
    Hai terlambat la asz nak pau seketul..lama xbuat...time arwah abah ada,bulan pose wajib buat bubur nie...buat pemanis waktu lps tarawikh..;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga kak asmah.Tk sudi singgah.

      Padam
  4. assalam iza..

    lama akak tak buat sumsum.. suami akak suka kuih2 gini.. tekak dia lebih kepada kuih2 lama.. nak pulak yg berlemak2 mcm sumsum ni.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam madiha... Ni first time buat.Kena ngan selera iza n hb gak.

      Padam
  5. Sedapnya..sesuai dihidang time cuaca panas2 gini...untuk tambah tenaga..hehe..

    BalasPadam
  6. salam iza
    berziarah dan salam kenal ..baru jumpa blog nie..happy cooking..:)pebret sy sum2 nie..dh lama x buat la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk zila kerna sudi singgah.happy cooking tooo..

      Padam
  7. Assalamualaikum Iza,
    salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye

    BalasPadam