Meh Follow

Isnin, 18 Jun 2012

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

 

   Hai-hai... Assalamualaikum semua.Hari ni x da masa nak mengomel penjang-panjang...ayuh kita masuk dapur.....Nak kongsi resepi dari dapur mamawandiha.Iza berkenan Puding Marble Coklatnya yg mengancam,sedap n senang membuatnya.Pertama... izinkan Iza syerkan resepi puding marble mamawandiha kat sini pula yee...Rasanya ramai kawan-kawan yg dah mencubanyakan....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
Sumber:hanamemories
           :izahdaut
           :mamawandiha

Bahan-Bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gm serbuk agar-agar@sepeket
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan)
2 sudu besar butter@majerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan
Didihka 3 cawan air,gula dan serbuk agar2 ke dalam periuk
Bland roti,susu pekat,susu cair,2 biji telur dgn 1/2 cawan air hingga halus dan masukkan ke dalam  periuk agar-agar yg telah didih tadi.Masukkan butter,dan kacau rata hingga mendidih lagi.Matikan api.Bahagi kepada 2 adunan tadi.Satu warna asal dan satu lagi adunan dicampur serbuk koko.
(jika menggunakan serbuk koko,bancuh dulu dengan sesudu air panas jadikan pes agar tak berbiji)
Kemudian ambil sesenduk adunan plain@putih dan tuang ditengah2 loyang.Kemudian ambil sesenduk adunan koko dan tuang keatas warna plain@putih tadi.Biarkan puding gerak sendiri ketepi tak payah ratakan atau kacau.Ulang semula adunan putih kemudian koko,buat sampai adunan habis.Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana adunan puding ini akan cepat membeku.Dah siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota: Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2 Dan bagi yg kurang gemar berlemak,boleh kurangkan susu pekat.
Maaf la Iza tak jadi marble macam Mandiha punya.Iza letak ikut suka je...dan lorekkan dengan lidi satey.Apa-apa pun selamat maencuba.


           :

11 ulasan:

  1. SEdapnya Iza akak nampak puding ni macam nak makan lani jugak tau,tak susah mana pun kan nk try lah jugak nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la kak,x rugi.Makan sejuk..lagi sedappppp...

      Padam
  2. salam iza
    puding roti mmg sedap ..zila dh bbrapa kali jgk buat..x pernah jemu tau:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la zila..sedap n senangkan.Masuk ni dah 3 kali Iza buat,yg ni je sempat tangkap gambarnya.

      Padam
  3. Assalam kak Iza, puding roti ni memang sedap...saya lama dah tak memuding gini..kalau time puasa nanti buat best la mkn berbuka:)

    BalasPadam
  4. Dah lama tak buat puding roti mcm ni.Sedap...mmg fav sis.

    BalasPadam
  5. memang mudah & sedap puding ni kan iza..
    akak antara yg terlambat mencuba.. tapi bila dah cuba sekali... now dah berkali2 akak buat bila nak mengujungi teman sebagai buah tangan... puding ni cepat membeku jd tak perlu tunggu lama2 kan... rasa pun sedap.. t.kasih juga sudi mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam madiha..Tu la...tak rasa maka x cinta,bila dah rasa...bercinta-cinta nak buat lagi...

      Padam
  6. salam kak iza...cantik marble... cun melecun ;))

    BalasPadam
  7. sedapnye kak, terasa basah2 sejuk tekak ni haa...

    BalasPadam