Meh Follow

Jumaat, 27 April 2012

KERABU EPAL HIJAU

       Salam Jumaat buat semua.Selamat beristirehat.Semalam tak sempat nak letak n3 ni sekali ngan ayam goreng berempah sebab nak cepat punya pasal.Hari ni iza masukkan n3 Kerabu Epal Hijau.Resepi ni dari  dapur kak Watie.Mintak izin kak Watie yeee...iza nak syer resepi kat sini pulak.









KERABU EPAL HIJAU
Sumber Rujukan:Kak Watiermanlife
di olah oleh:iza

Bahan-Bahan
1 Biji buah epal hijau(di potong memanjang)
1 biji buah tomato(dipotong kecil)
1 batang bunga kantan(dihiris)
1 labu bawang besar(dimayang)
2 batang serai(dimayang halus)
beberapa biji cili padi(ikut suka)
segengam udang kering(iza goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tumbuk (iza tak letak)

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan yang di hiris halus dan,udang kering dalam mangkuk dan di gaul.
2. Suaikan garam dan gula secukup rasa.
3. Tabur kacang tumbuk jika suka dan gaul semua.Siap untuk di makan

Selamat Mencuba






23 ulasan:

  1. Salam kenal.
    Belum pernah lagi makan kerabu epal hijau.boleh la cuba resepi ni nanti.

    BalasPadam
  2. cmne la yer rasanya kerabu epal ni...mesti masam2 sikit ni ka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam QH....sedap...ada masam,manis,pedas n masin sikit bak kata semua rasa...

      Padam
  3. salam Iza,akak ni ada ni epal hijau sejak Watie buat dulu macam nak buat jugak sampai skrg Iza buat akak belum lagi terbuat mesti sedap kan Iza heee pasti esuk lusa nk buat lah

    BalasPadam
  4. SAlam Kak Ilham.. wahh sedapnya.. mesti rangup dan refreshing dengan buah epal yang segar di racik halus tu wahh sedapnya.. sha tak reti makan kerabu dengan nasi.. ratah macam tu pandai hehehe... muahzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sha...kerabu memang fev iza,tapi kerabu epal ni,first time makan.sedap tau...

      Padam
  5. sedapnya tgk kerabu epal hijau akak ni...saya suka mkn semua jenis kerabu:)

    BalasPadam
  6. Salam Iza..
    mmg sedap dh buat byk kali sbb kena pada tekak yg suka masam2 manis & sikit kepedasan... syiok ratah lagi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tambah cili api lebih sikit memang meletop..kan mama.....

      Padam
  7. As'salam Iza

    pagi2 dah tengok kerabu ni rasa nak keluar aje air dalam mulut ni..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam CT,...kerabu ni..memang membuka selerakan....

      Padam
  8. Assalam Dik iza...hahaha...kalau tak dapat magga muda atau betik muda nak buat kerabu mangga atau somtam...epal pun jadi galang gantinya...hahaa...sedap tak???Akak kalau kerabu memang ngangguk aje! TQ sebab sudi mencuba ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak watie...memang sedap pun...tk kak utk resepi kerabu ni.

      Padam
  9. salam iza..
    mesti sedap ada rasa masam2 cikit..aaiiishhh x leh nengok lama2 ..terliur..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam zila...ratah saje pun sodap.....yew...

      Padam
  10. Kak, boleh terasa masam2 epal tu..sedap ratah2 tu =)

    BalasPadam
  11. dah lmbt ain smpi sini, maklumla cuti :), nampak sedap je kerabu epal, ade stok epal nie, leh try nnt..

    BalasPadam
  12. salam kak,
    tak pernah rasa kerabu epal, tp pernah jumpa kat majalah..insyaAllah suatu hari akan dicuba juga..

    BalasPadam
  13. Salam semua...cik wan,ain n Rohah, sedap,senang,nnnn...tak terkata sedapnya

    BalasPadam