Meh Follow

Memaparkan catatan dengan label Kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerabu. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

KERABU EPAL HIJAU

       Salam Jumaat buat semua.Selamat beristirehat.Semalam tak sempat nak letak n3 ni sekali ngan ayam goreng berempah sebab nak cepat punya pasal.Hari ni iza masukkan n3 Kerabu Epal Hijau.Resepi ni dari  dapur kak Watie.Mintak izin kak Watie yeee...iza nak syer resepi kat sini pulak.









KERABU EPAL HIJAU
Sumber Rujukan:Kak Watiermanlife
di olah oleh:iza

Bahan-Bahan
1 Biji buah epal hijau(di potong memanjang)
1 biji buah tomato(dipotong kecil)
1 batang bunga kantan(dihiris)
1 labu bawang besar(dimayang)
2 batang serai(dimayang halus)
beberapa biji cili padi(ikut suka)
segengam udang kering(iza goreng tanpa minyak dan ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tumbuk (iza tak letak)

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan yang di hiris halus dan,udang kering dalam mangkuk dan di gaul.
2. Suaikan garam dan gula secukup rasa.
3. Tabur kacang tumbuk jika suka dan gaul semua.Siap untuk di makan

Selamat Mencuba






Khamis, 29 Mac 2012


 
       Seperti biasa selamat petang semua,semoga hari- hari yang kita lalui,penuh denga keberkatan hendaknya.Amin....Sejak akhir ni tersangatlah rajin masuk dapur,mungkin semangat dari kawan2 blogger kot..Hari ni nak kongsi resepi KERABU MANGGA.Buah mangga ni diberi oleh jiran iza,nak menyicah(kata org penang) sebiji bolehlah,ada 2,3 biji lagi nak buat apa???.Cari punya cari,jumpalah resepi kerabu kat dapur Che Mat Gebu.Mintak izin nak syer resepi ni ye CMG.


KERABU MANGGA KERISIK ALA SIAM
Oleh:CMG

Bahan-bahan

3 biji mangga epal(iza guna macam dlm gambar tu,x tau nama)
4 biji bawang merah-hiris halus
1 batang serai,ambil bhg putih saja-hiris halus(iza guna 2 btg)
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
sedikit daun ketumbar-hiris halus(iza tak letak)
5 biji cili padi-hiris halus
2 camca besar udang kering-rendam dlm air panas sekejap,tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir(iza agak2 je)
1 camca besar perahan limau nipis
2 camca besar sos cili Thai(iza letak sikit je)
4 camca besar kerisik(2 saja)
sedikit garam jika perlu

Cara Penyediaan

1. Dalam mangkuk besar,campurkan mangga dengan semua bahan2 yang dihiris dan dimayang
    tadi.Gaul rata.
2. Masukkan gula,udang kering,jus limau nipis,sos cili thai dan akhir sekali kerisik.
3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbang rasa ikut selera masing2.hidangkan





      Kawan-kawan mesti cuba ,tak rugi...salah satu pembuka selera yg uuup..Selamat mencuba.