Meh Follow

Jumaat, 30 Mac 2012

BLENDED BANANA CAKE

Assalamualaikum....semua.Selamat beristirehat pada semua.Bagi yg bekerja lagi tu,selamat bekerjalah ya.Bagi iza,hari sabtu dan ahad  dapatlah relex sikit sebab tak bergegas kesana- kemari menghantar dan mengambil anak kesekolah.Kalau hari biasa ,macam orang kerja opis jugak,bezanya tak duduk dalam opis je.Pagi hantar anak ke sekolah ,tgh ambil dr sekolah,4 orang anak,semuanya balik tak sama waktu pulak tu ,petang hantar kekelas fardu ain dan ambil,malam pergi tusyen pulak..alahai pukul 10 malam baru dpt berehat.Begitulah rutin iza setiap hari.Harap berbaloilah  hendaknya.Iza lebih suka hantar dan ambil anak dari sek sendiri.Kalau dgn bas,rasanya tak senang hati, lagi anak2 tak sampai rumah. Hai....membebel panjang pulak iza ni,meh iza nak kongsi resepi yang satu ni,senang sangat dan hasinya amatlah membanggakan .Resepi ni dari dapur CT.Resepi asal dari Rahel.Izinkan iza syer di sini pula ye....




BLENDED BANANA CAKE
Resepi asal: Rahel
Olahan: Che Ct

Bahan-Bahan:

4 biji pisang berangan -dipotong kecil2
180 gm minyak jagung/minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek(iza pakai tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder*(iza tak letak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
5 sudu besar serbuk koko*
1/3 cawan coklat cip(iza tak letak,stok x de)
sedikit badam untuk hiasan atas kek.(iza x letak)

Cara Penyediaan

1. Panaskan oven 170 c selama 15 minit
2. Pisang yg dipotong kecil,telur,minyak jagung dan gula disatukan,kemudian di blender hingga halus
    selama 10 saat.
3. Tuang bahan yg diblender ke dalam mangkuk,kemudian masukkan campuran tepung yg telah di ayak
    tadi.Kaub balikkan sehingga rata.(jangan lama sangat,sekadar bercampur saja kata sifu CT)
4. Tuang adunan kedalam loyang yg di glis dan alas kertas minyak.Bakar selama 1 jam atau sehingga
    hingga masak.Iza letak dlm papercup saiz M,dapat dalam 15 biji.


     Tengok tu....tak rugi mencuba.Terima kasih Rahel and CT kerana sudi kongsi resepi  ni.Gebu and lembut gitu.Selamat mencuba.

5 ulasan:

  1. salam kenalan, tq coz singgah my blog n 4low skali..sy dah 4low blk, nice blog n resepi yg best..singgah la lg..selamat berkenalan.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali,tq sudi singgah blog iza yg x seberapa ni.
      rajin2lah singgah ye....

      Padam
  2. terimakaseh sudi singgah ke my kitchen...
    sedap ada pisang dlm cupcake ni..buat utk siapa tu?...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,..buat utk makan petang je.Selebih tu,bagi mak mertua sikit...anymz....

      Padam
  3. As'alam Iza

    Lamanya ct tak buat blended banana kek ni. kalau Iza tak tayang ct pun dah lupa dah...hehehe Terima kasih Iza sudi memanjangkan resipi Dari Dapur CT ni ya..ct hargai jika ada teman2 yang sudi mencuba, Alhamdulillah :)

    BalasPadam