Meh Follow

Ahad, 1 April 2012

PUDING ROTI PANDAN KUKUS

       Salam untuk semua....Diharapkan kengkawan semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.Sempena masuknya bulan baru ni,iza nak berkongsi satu resepi yang mudah membuatnya.Resepi ni iza ambil dari dapur Che CT.Mintak izin nak tampal resepi  kat sini ye CT.Iza ni suka dengan resepi-resepi yg simple2 dan bahan2 yg dah ada didapur iza.Resepi yg susah2 n rumit2 tu,nanti iza pelan2 belajarlah ye.....Mai lekas kita tengok .......




PUDING ROTI PANDAN KUKUS

Resepi :Dari Dapur Che CT Delima

Bahan-Bahan:

12-14 keping roti putih/gardinia(tak perlu buang kulit tepi) 
15 helai daun pandan(dipotong kecil2)
1 biji kelapa parut
5 cawan air
2 biji telur(dipukul ringan)
1 cawan gula pasir(kemanisan ikut suka)
1/2 sudu teh esen vanila
20 gm kismis(utk tabur) iza x letak
sedikit pewarna hujau
sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Daun pandan,kelapa parut dan air di blend sekali.Tapis untuk mendapatkan santan yg kini telah 
    berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar,masukkan telur,gula pasir dan santan tersebut,kacau sekejap utk melarutkan 
    gula.
3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau,kacau hingga rata.
4. Celupkan roti dlm campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dlm loyang.
    Buat sampai habis.Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit.Sejukkan baru di potong.






9 ulasan:

  1. salam iza...
    wahh.. nampak sedapnya puding roti tu.. berkenan lak tengoknya tambah2 bila letak dlm acuan yg comel tu... makin berselera mknnya kan..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    salam kenal dari saya.. memang sedap la kalau menu dari roti dan dipelbagaikannyer.. cantikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. T kasih,sudi singgah sini.T kasih juga,kerna kawan2 blogger yg sudi berkongsi resepi.

      Padam
  3. Salam Iza :)
    mmg sedap resipi dari CT nie..
    tapi syg anak2 x brapa suka sgt mkn yg manis2x...

    BalasPadam
  4. As'salam Iza

    cantik acuan ditambah pulak dengan puding roti hasil air tangan dari Iza. ct pun suka buat kalau tak tahu nak buat sarapan apa ct akan buat menu ni pada malamnya. dan esok pagi dah sedang elok keras aje nak potong.

    Terima kasih Iza sudi mencuba jika ada kekurangan pada resipi ct harap maaflah ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,CT Delima dah jadi sumber rujukan iza,t kasih,halalkan resepi yg iza copy tu ye...

      Padam
  5. yumyyy sedap je nmpk kuih..ain suka puding roti tapi tertry lg..bila tengok iza punya kuih ni semangat nk try..

    BalasPadam
  6. good texture and presentation and nice looking also

    BalasPadam