Assalamualaikum...
Salam pagi Khamis,harap kengkawan semua sihat selalu hendaknya.Tetiba ja terasa ingin meroti,tapi rasa was2,takut x menjadi...Bukan senang menguli pakai jejari ku yg selim melim ni.Tapi ku gagahi juga mencubanya....Jom kita tengok menjadi ke..???
Ni sebelom masuk oven.Letak dalam mangkuk cup cake,tunggu ia mengembang.
Resepi ni iza guna resepi dari rosmarlina@jintanmanis.com.Resepi doh asas roti manis.Rata2 kawan -kawan bloger yang mencubanya menjadi.Resepi doh asas roti manis iza syer kat sini ye...
DOH ASAS ROTI MANIS
Sumber Resepi:rosmarlina@jintanmanis
Bahan- Bahan
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur(tinggalkan sedikit utk diglis pada roti nanti)
2 sudu besar butter@majerin
180 ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh di ganti dengan 2 sudu besar water roux
*utk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu segar@+beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yg telah direbus
sedikit gula
(iza letak mix butter+gula)
Cara Penyediaan Doh
1.Bagi yang pakai Bread Maker mungkin dah sedia maklumkan (iza x letak kat sini yee)sory iza pakai tangan je..
2.Yang guna tenaga tangan,macam ni...masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.Tips utk dapat doh yg lembut,ambil plastik bersih dan letak doh didalam plastik
tu,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8-10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi kan kepada beberapa bahagian,biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit,baru dibentukkan mengikut bentuk yg digemari.Iza bulat-bulatka aje n letak butter+gula didalamnya.Setelah dibentuk biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun,bakar pada suhu 180c selama 18-20 minit atau permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas radai,dan simpan dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
Selamat Mencuba.
Kejadian bun iza,tak segebus kengkawan punya .Tapi boleh la diterima makan oleh anak-anak.
Tip tambahan:Sebelum roti di bentuk,bulat2kan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7-8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,masa ini penting bagi mendapatkan bun yg elok teksturnya,dan juga bagi memastikanpermukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.(di petik dari blog ros jintanmanis)
Salam Hadoiii cantiknya... terbayang-bayang bun tu kalau di potong dan bubuh pulak dengan mentega masa masih panas lagi.. masuk ke dalam mulut.. terus mengelus kesah sedap naa.. tuu hehee...:))
BalasPadamSha...nak wat cam noo,cik BM x doo.
PadamPakai mesen ory leee....
he hehee..chumilll sungguh kejadianya tu kak..kita x pernah lg menerai buat bun..alahaiii terliurr sudahh:)
BalasPadamZila....dalam 10 boleh bagi 8 je kot..
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamnampak berkilat bun tu... sedapnya makan hangat2!
Salam Amie..sedap cicah ngan ayaq tea o..
PadamSalam Kak Iza,
BalasPadamwahh..tengok tu,gebussnye roti dia..geram nak gigit je rasa..hehe
Salam kembali Rohah,maunye x gebuss,lengoh jejariku,menguli...he..he
Padamasslm...QH dtg ni balas kunjungan Kak Iza td...akak ke sebaya yer...hehehe...mekacihhh sudi singgah n follow blog QH yer...QH pon dh follow blog ni...
BalasPadamwah gebus sgt nmpknye roti tu...berkilat lg...mesti sedap ni bile dimakan masih hangat2 tu...aishhh terliur la pulak dibuatnya...hihi
Tk QH..sudi singgah dapur iza yg x seberapa ni.Singgah2lah selalu ye.
Padamrajinnya akak buat roti uli tgn...saya kalau meroti guna bm jer.elok jer hasilnya tu..lepas ni tak laku la roti kat tmn seri acheh tu yer..hehe
BalasPadamSalam Nieza...sikit2 tu,boleh la...klu banyak...adoiiii....pengsan...
Padamwaa caantik laa kejadian bun Iza walaupun mengerah tangan mengulinya..seronok kan kalau buat roti jadi gitu..hilang terus rasa penatkan..kan...
BalasPadamSalam kak Asma...Di sebabkan tergoda nengok roti2 yg di bikin kawan2 blogger la...memberi semangat utk iza menguli....
Padamtetiba rase lapar malam2 ni... nyum2...
BalasPadamFatin Amirah thanks follow blog akak.
PadamIza, kak rose pun suka guna resepi ni.... dan samalah kita bila menggunakan bm ori ni! sampai kuor muscle menguli!
BalasPadam