Meh Follow

Isnin, 16 April 2012

PUDING PERMATA

    salam semua.... petang semalam sempat iza memuding,atas permintaan si hero iza, yg nak sangat makan puding.Memang kegemaran anak2, iza puding n agar2 ni..ibunye je... jarang nak buat.So atas permintaannya yg berulang kali tu maka terjadinya PudingPermata ni...Bekenan ngan puding yg di tayang kat dapur Izahdaut..sbb ada cekelat tergoda you..Resepi dari kak Rossitam.Jom kita layan ini resepi...Minta izin yg empunya resepi..ye...Iza nak tayang kat sini pulak.








Memang lemak berkerim...gitu..


PUDING PERMATA
Resepi: kak Rossitamz@blogspot.com
Di olah oleh:Izzahdaut
                : Iza

Bahan-bahan untuk agar2:

300 ml air
200 ml susu cair(iza guna susu segar)
125 gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

Bahan untuk Kastad

500 ml air
400 ml susu susu cair/susu segar
250 gm gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
11/2 sudu besar tepung kastad-di bancuh dengan 3 sudu besar air

Cara penyediaan

Untuk agar2:
 Masak air,susu dan gula pasir hingga mendidih.Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar  dan masak hingga mendidih,Tapis agar2 ke dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk,potong dalam bentuk dadu yg comel2.Ketepi kejap.



Untuk kastad:
 Masak air,susu dan gula hingga mendidih,masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.Masukkan pula serbuk agar2 dan masak hingga mendidih dan pekat.Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar2 tadi) dan masukkan pula agar2 yang dipotong dadu tadi.Sejukkan hingga keras.



Sedap di makan bila-bila saja...Selamat mencuba bagi yg tak mencuba lagi...





13 ulasan:

  1. aiishhhhh dah ada kt dapur nie ..mintak ckit..he hheee zila x berkesempatan nak buat lg..aritu tgk kt dapur izah mmg tergoda btul..makan sejuk2 sedap kan iza..:)

    BalasPadam
  2. haishh..baru je komen udang galah.. dah keluar puding pulakkk..
    nampak sedaplah puding tu.. aritu tgk umah izah pun dah terliur jugak.. hehe.. tp kebetulan masa tu akak pun memuding jugak.. (lom masuk n3 lg.. tp resepi dr blog izah jugak) jadi idok ler terliur sgt masa tu.. heee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Ilham adoii cantiknyaaa dan nampak sungguh menyelerakan.... *sambil hulur mangkok besorrrr naa* hehheee

      Padam
  3. Assalam Dik Iza....waduh2 dah lama Akak tak buat puding permata ni...ni fav. anak dara Akak ni....kalau dia tengok ni mesti dia suruh Akak buatkan....nanti Akak suruh dia minta dekat Acik Ixa dia dah la ya!!...Terasa sedap jer menelan puding yang dingin tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sume...Iza,ni budak baru belajar,dolu2 x mau masu dapur..zila
      ,kak madiha,shah n watierman,haa..
      la ni,terkial2 nak wat tu,nak wat ni...

      Padam
  4. Salam kenal kak,
    singgah sini nengok puding,nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk,sudi singgah sini Rohah.salam kenal juga...

      Padam
  5. assalam iza
    cantiknya kaler puding iza ni, dan semestinya sedap kan
    akak memang suka puding2 ni tp ank2 x layan kecuali puding dadih he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mama sara..anak2,memang suka poding/agar2 ni,emaknya tumpang dua kaki la..

      Padam
  6. Salam kenal. Saya dah add your link. Hari tu saya buat macam kastard lembik sikit dan tak berapa melekat dg permata. You punya nampak ok jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Azie..Tk sudi singgah sini,iza ikut sukatan yg d beri..alhamdulillah menjadi.senang dipotong n sedap gitu.

      Padam
    2. Salam Azie..Tk sudi singgah sini,iza ikut sukatan yg d beri..alhamdulillah menjadi.senang dipotong n sedap gitu.

      Padam
    3. Salam Azie..Tk sudi singgah sini,iza ikut sukatan yg d beri..alhamdulillah menjadi.senang dipotong n sedap gitu.

      Padam