Meh Follow

Rabu, 4 April 2012

KUIH BINGKA CRACKER BERJAGUNG

       Salam pagi khamis..Moga ceria-ceria selalu.Iza rasa bersyukur sangat diatas sokongan n lawatan kawan-kawan di alam maya ni ke blog iza yg masih bertaktih dan harap maaf,jika ada tulisan di blog ini kurang menyenangkan.Semalam iza ada mencuba resepi dari Dapur Che CT Delima.Suka sangat ianya menjadi...Iza tayang resepi di sini pulak ye..CT





BINGKA CRACKER BERJAGUNG
Resepi: kh 267tm
Sumber:Che CT Delima

Bahan-Bahan

140 gm biskut cracer-20kpg(iza guna cracker perasa jagung)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
2 biji telur gred A
450 ml santan pekat +270 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sk pandan emulco(iza x letak)
1/2 pewarna hijau (iza lupa letak,iza pakai pandan peaste je)
1/2 cawan +2 sudu besar jagung cream dlm tin
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam
Bijan untuk hiasan(tabur)

Cara Penyediaan

1. Panaskan oven suhu 180c selama 10 minit.Lengserkan loyang dgn minyak masak dan masukkan
    loyang dalam oven 5 minit masa terakhir
2. Blend biskut cracker bersama tepung dlm blande hingga halus,ketepikan
3. Bland telur,gula,santan,pewarna hijau,pandan peaste(emulco),esen vanila dan secubit garam hingga
    gula larut
4. Masukkan tepung yg telah di blander bersama biskut dan jagung cream sedikit2 dan blender lagi
    hingga sebati
5. Keluarkan loyang dari oven dan tuang adunan pelahan2.Tabur bijan diatasnya jika suka.
6. Bakar selama 1 jam atau himgga keperangan diatasnya
7. Sejukkan betul-betul dahulu baru di potong.





6 ulasan:

  1. Salam Niza...cantek sangat kejadiannya kuih bingka cracker ituu...mesti lemak dan sedap kan...Oh ya,tima kasih awak sudi singgah n follow dapur Rahel...pasni nak kena follow balek la ni..hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk rahel sudi singgah sini,singgah selalulah ye....

      Padam
  2. assalam
    sedapnya ada bingka disini, bak sepotong he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mama sara,dah tinggal bekas je....sedap....mama sara dah try buat ke?

      Padam
  3. Assalam iza...
    akak belum lagi sempat cuba resepi bingka crackers ni.. nampak menyelerakan lah bingka iza ni.. kalau crackers jagung (naiyu) tu memang feberet akak.. mkn kosong gitu pun sedap.. ni dah jadi kuih bingka tentu bertambah sedap kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali kak madiha,cracker jagung tu...sentiasa ada..sebab anak2
      suka makan.maka terjadilah bingka
      Cracker ni.

      Padam