Assalamialaikum..warga blogger, iza harap kekawan sudi menjengah blog iza yang tak seberapa ni.Seorang ibu yg ingin belajar dan berkongsi ilmu dalam bidang masakan ini.
Meh Follow
Sabtu, 26 Mei 2012
APAM STRAWBERRY N PANDAN
APAM STRAWBERRY N PANDAN
Edisi minum petang.Sebenarnya Iza buat minggu lepas,masuk hari ni dah 3 kali Iza buat.Anak-anak Iza memang sangat suka apam ni.Resepi apam ni Iza intai kat dapur Kak Noor,jauh tu...seberang laut youuu...Kak Noor buat versi gula merah,Iza buat guna gula putih n letak pandan n strawberry.Kak Noor.. mohon halalkan resepinya yee..n Iza nak pamirkan kat sini juga.
Apam versi strawberry
APAM STRAWBERRY N PANDAN
Sumber rujukan: Dari bicara kak Noor
Bahan-Bahan
1 cawan air
3/4 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka)Kak Noor letak 1/2 gula melaka +3 sudu gula pasir.
1 helai daun pandan
2 cawan tepung
1 sudu kecil yis
3/4 cawan air
secubit garam,pandan n strawbarry paste ,sedikit pewarna hijau, merah dan kelapa parut.
Cara Penyediaan
1. Masak gula pasir bersama daun pandan sehingga gula larut dan sejukkan.
2. Larutkan yis bersama 3/4 cawan air,kacau sehingga yis tidak berbiji
3. Masukkan campuran gula putih,larutan yis kedalamnya dan kacau.
4. Masukkan tepung dan secubit garam dan kacau supaya tidak berbiji.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bekas,letak pandan paste n strawbarry paste serta pewarna setiap adunan
6. Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehingga naik 3x ganda.
7. Tuang kedalam loyang/acuan yg telah dilengserkan dengan minyak masak.
8. Kukuslah sehingga masak selama 30-35 minit
9. Sejukkan dan gaullah dengan kelapa parut yg sudah di gaulkan sedikit garam
Selamat mencuba.....kalau nak buat versi gula merah boleh nengok sini.
Apam versi pandan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam Iza thanks ya sudi mencuba resepi akak tu,teringin lah pulak akak malam2 ni trutamanya yg pandan tu ngancam lah...
BalasPadamSalam kak noor...halalkan lah ye kak.
Padamsukanya akak tengok apam ni... dah lama sungguh x mengapam..
BalasPadamSalam kak norlie....jangan tak mengapam kak...apam ni x banyak kerenah...
PadamSalam Kak Iza... hadoii sedapnyaa..... rajinnya.... ada dua perisa lagi... pink dan hijau... buat sarapan best!
BalasPadamsalam sha...tu tengah mud kerajinan.Rajin sesangat
PadamHi Kak! Greetings from love2cook ;)
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah di blog saya ye. Terima kasih juga di atas wishes akak ;)
Memang minat apam2 mcm ni..memang ngan for tea break kan. Huwaaa cantik akak buat. Nak tapau sebekas :)
Thanks kembali...yehh...kegemaran akak sekeluarga ni...
Padamsalam iza..
BalasPadamini blog ke tiga akak terjah nampak apam.. wahwahwah... tak bleh tahan dibuatnya bila semua dok tayang apam... sabor ajelah... cute sgt apam strawberi tu.. nampak pulak pinggan bunga biru tu.. sama design dgn pinggan kat rumah mertua akak.. tetiba teringat kat mak mertua tercayanglah pulak.. hihi..
salam madiha...pinggan biru tu....dah lama tau,dah 16 tahun iza pakai,masa anak pertama lagi...
PadamAs'salam Iza
BalasPadamct pun sama macam Madihah, kali ke 3 bukak blog teman2 yang buat apam hihi. tengah musim mengapam kot cuma kaler jer ada lain yang ni Iza hihi
Yee la ct...musim demam apam kot...bukannya apa senang, x banyak songeh nak buatnyee...
PadamAssalam Kak Iza, sedapnya tgk apam akak tu lama dah saya tak buat apam memang suka mkn apam kalau mkn tak sedar berapa ketul sedarx2 dah abis..hehe
BalasPadamsalam Nieza...tu la pasal...sedar x sedar dah berbiji dah makan.Saborr je la...
Padamsalam iza
BalasPadamwahh sedapnya apam ..zila lama dah berangan nk buat apam..aduhhh tp asik tertangguh jew..cantik color pink tu iza suka tgok.:)