Assalamualaikum......buat teman-teman semua... Dah lama x buat n3,sunyi sepi je blog iza ni yee...Ada ke yang sudi ziarah blog iza yg x seberapa ni.?????,Ya... la blog Iza ni masih bertaktih berbanding kawan-kawan yg dah lama dalam berblog ni dan sumenye dah pakar dalam hal masak memasak.Apa-apa pun terima kasih pada kawan-kawan yg sudi singgah n tinggalkan komen kat blog Lemak Manis.Terima Kasih juga di atas perkongsian resepi dari kalian,harap halalkan semua resepi yang Iza telah cuba ya... Resepi yang iza nak kongsikan kali ini...adalah resepi hasil dari air tangan Kak Azlita Masammanis.Iza sangat teruja dengan semua masakan kak Ita,dari cara penyediaannya hinggalah cara merakam foto masakanya.Mek kita jamu mata yee...
Tak berapa cantik kejadiannya....maklumlah pertama kali buat kek lapis ni..Kak Ita guna Sultana Biskut,Iza guna biskut Marry coklat.Resepi kek ni dalam majalah Aroma keluaran Jun.
MERRY BISCUIT LAYERED CAKE
Sumber Rujukan: Blog masammanis (kak Azlita)
Bahan-Bahannya.
5 biji telur-grad A yg sejuk dari peti ais
225 gm gula halus
220 gm tepung gandum
1 sudu kecil rata baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco dan pewarna hijau
Biskut Sultana secukupnya (Iza guna Biskut merry)
Cara Penyediaan
1. Panaskan kukusan.Sedikan loyang 8" x 8". Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
2. Ayak tepung dan baking powder,kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali
minyak,biskut,pandan emulco dan pewarna.
3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
4. Kemudian masukkan minyak jagung/masak dan gaul adunan secara kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Masukkan pandan paste dan pewarna hijau gaul sebati.
6.Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
7. Kukus selama 5-7 minit.Angkat.
8.Susunkan kepingan biskut atas lapisan pertama.
9.Tuangkan lapisan ke dua dan kukus lapisan ke dua selama 5-7 minit lagi.
10.Ulang cara yang sama hingga habis semua adunan.
11.Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya.
12.Setelah kek masak ,biarkan dalam loyang selama 10 minit.
13.Kemudian terbalikkan atas redai.
14.Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
*Loyang hendaklah sentiasa ditutup dengan kertas aluminium semasa mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis atas kek.
Selamat Mencuba...
Wah besnya kek tu!!! Memang terpesona lihat kak Ita punya and same here! Love bawak balik 5 pcs ye :)
BalasPadamYe la love...sebab terpesonalah nengo kak ita punya,maka teruja iza nak membuatnya.
Padamsalam Ita..
BalasPadamakak pun nak jugak sepotong pun cukuplah nak rasa kek yg cantik menarik tu mesti sedap bangat ni kan
Salam kak Noor,kalau kita berjiran....bukan sepotong,berpotong-potong akan ku berikan.
Padamassalam Iza
BalasPadamakhirnya dpt jg dtg sini he he
Iza mengoda lg dgn kek yg menawan pulak
hari tu akak dah tergoda dgn lapis pesona dan dahpun cuba he he
tp tak cantik cam Iza lah..
Salam mama sara,Iza pun masih belajar gitu...sama-samalah kita berkongsi sesama kita kan.
Padamsalam iza..
BalasPadamwahh sedap tue..zila suka kek mcm nie..mkn x jemu kan:)
Memang sedap zila,ada rasa sekut gitu,kita boleh pelbagaikan rasa biskut tu.
PadamAs'Kum Iza... ke Kak Iza?? hehhee.. tak pelah apa pun nak komen kat sini... kek tu nampak sedapp sangat!!! teringin nak membikinnya.... biskut marie masih banyak lagi memang sesuai ni...:))
BalasPadamSalam sha..bolehlah cuba,biskut dlm tin emas sha masih nanyak lagi kan.
PadamAs salam Iza.
BalasPadamTergoda tgk kek tu....nampak sedap sgt.
Salam Norzie...meh kita pakat2 cuba yeh...
Padamsedap nampaknye, mesti lembut je bila mamam ni..
BalasPadamSalam rohah..kesedapannya terletak pada kek n biskutnya tuhhh.
Padam