Salam semua sahabat-sahabatku yang dikasihi...diharap semuanya beroleh kesihatan yang baik hendaknya.Aminnn.....Dah tak beberapa hari je lagi sekolah akan bermula,harap semua anak-anak mempunyai bersemangat baru ,setelah bercuti panjang...yee...Dikesempatan ini Iza ingin berkongsi satu resepi yg menjadi kegemaran Iza dari kecil hinggalah sekarang.Ramai rakan-rakan yang dah mencubanya.Resepi ni Iza copy dari yatiememorie.Izinkan Iza panjangkan kat sini yee...
KUIH KASWI
Sumber :yatiememori
Bahan-Bahan:
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cawan air*
3 helai daun pandan*
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air
loyang atau acuan lompang yg disapu dgn sedikit minyak masak
kelapa parut + garam
Cara Penyediaannya
1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir,gula merah dan daun pandan.
2. Masak hingga gula larut.Ketepikan dan sejukkan dulu.
3. Ayak kesemua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur dan kacau sebati
5. Tapis air gula ke dalam tepung,gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
atau boleh di bland.
6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
7. Sapu loyag/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
8. Tuang bancuhan tepung kedalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Kalau acuan kecil ,masa kukus adalah 15 minit.
10. Sejukkan kuih baru di keluarkan dari acuan.
14. Boleh dihidangkan dgn kelapa parut bercampur sadikit garam yg telah dikukus juga saketika supaya tahan lama.
15. Bagi yang mengukus dalam loyang ,kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air dapat diserap.
Ok selamat mencuba...
As'Kum datang pepagi kala ni.. hadooiiiii kecurnya... nampak cantik sangat kuih kaswi tu, dah ramai yang membuat kat dapur kengkawan tu.. sampai sini memang kecur tak sudah!! nak kena buat jugak ni... :))
BalasPadamSalam sha,buat jangan x buat...lembut je kejadiannya.
Padamsalam Iza,cantik je kaswi tu nak mintak lah sikit utk bekfes ni sorry lambat dtg biasalah bizi tak menentu...
BalasPadamSalam kak noor,akak pun...tayang pizza pepagi,nampak sedap.
Padamasslm Kak Iza...aduhh sedap pulak tgk kuih kaswi yg comeii lote tu...nk sikit juga bleh...yg byk kelapa yer..hihi
BalasPadamKalau kita berjiran..QH lah, iza kasi tapau dulu.he..he
Padamassalam Iza
BalasPadammemang kesukaan akak dan hubby
lawa la wat dlm acuan camni, lg laju akak ngap
Salam mama sara..buat dlm acuan kecik senang,x yah potong2,colek keluar je...
BalasPadamsalam iza..comel2 dah masuk dlm acuan mcm tue..mesti sedap:)
BalasPadamAssalam Iza.
BalasPadamSedapnya nampak kuih kaswi ni...mesti cuba ni.