Salam untuk semua.Semoga sahabat semua beroleh kesihatan yang baik.Pagi semalam Iza ronda-ronda di kedai buku n terjumpa majalah saji keluaran Mei...yg ada cerita Kak Azlita & blog masam manisnya.Belek punya belek,terus berkenan dengan resipi chef Kamarul.Nak tau resipi apa yang Iza tertarik tu....kat bawah ni iza syerkan pada kawan-kawan.Resipi yg simple je...Jeng...jeng....
Kawan2...mesti cuba.Sedap tau n senang.Yang penting anak-anak suka...Meh iza kongsikan kat sini ye..
AYAM GORENG BEREMPAH DAN AIR ASAM MELETUP CHEF KAMARUL
Bahan Rujukan:Majalah Saji
Resipi Oleh:Chef Kamarul
Bahan-Bahan
1 ekor ayam.(dipotong enam)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung ayam goreng segera
1 sudu besar serbuk rempah kari
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit daun kari (iza tambah)
Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 cm halia
3 batang serai
Cara penyediaan
1. Campurkan tepung beras,tepung ayam goreng segera,garam,gula,dan bahan kisar di dalam bekas yg
besar.
2. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.Perapkan selama 2 jam hingga 4 jam.
3. Panaskan minyak,goreng ayam sehingga kekuningan.Angkat dan tus minyaknya.
4. Boleh masukkan daun kari untuk lebih aroma.
Ayam goreng chef Kamarul ni boleh di makan bersama air asam.Iza tak buat air asamnye.Bagi sesiapa yang nak makan ngan air asam Chef Kamarul,di bawah ni iza sertakan resipinya ye...
Bahan Air Asam Meletup(chef Kamarul)
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 cm belacan
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kesum-cincang kasar
1 biji tomato-dipotong kiub kecil
1 batang bunga kantan-dicincang halus
Cara penyediaan
1. Untuk membuat air asam,kisar cili merah,cili padi,belacan bersama air asam jawa.
2. Tuangkan bahan dikisar di dalam mangkuk,masukkan gula merah,kerisik,daun kesum,tomato dan
bunga kantan.
3. Gaul sebati dan hidangkan bersama ayam yang di goreng tadi.
Assalamialaikum..warga blogger, iza harap kekawan sudi menjengah blog iza yang tak seberapa ni.Seorang ibu yg ingin belajar dan berkongsi ilmu dalam bidang masakan ini.
Meh Follow
Rabu, 25 April 2012
Selasa, 24 April 2012
APAM SODA KEMBANG SETAMAN
Assalamualaikum....pada semua kawan-kawan semua.Lebih seminggu tak buat n3,bukannya apa, tenet ada problem.Hanya dapat jengok n say hai kat kengkawan dalam handfone je...Dalam seminggu ni,ada beberapa resepi kengkawan yang sempat Iza cuba.Nanti Iza syer kat sini...
Apam Kembang Setaman.Kembang tak??? kembang tak???...
APAM SODA KEMBANG SETAMAN
Sumber rujukan:Che Rus D'Dapur
Olahan:Iza
Bahan-Bahan
250 gm tepung gandum (ayak)
200 gm gula halus
2 sk ovellate
200 ml ice cream soda
2 biji telur
1/2 sk garam
1 sb esen vanilla & strawberry paste n pandan paste
Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan (kecuali pewarna) dalam mangkuk mixer,Pukul hingga kembang.
2. Asingkan 1/2 bahagian untuk diwarnakan (ikut suka)
3. Masukkan dalam acuan berselangseli,mengikut warna yg disukai.
4. Kukus selama 4 hingga 5 minit atau sehingga masak dengan api yg besar,supaya apam dapat
berkembang sepenuhnya.
5.Terlebih dulu panaskan periuk kukusannya ye...
Apam yang tersangatlah gebunya.
Selamat mencuba.....

Rabu, 18 April 2012
BUN LEMAK MANIS
Assalamualaikum...
Salam pagi Khamis,harap kengkawan semua sihat selalu hendaknya.Tetiba ja terasa ingin meroti,tapi rasa was2,takut x menjadi...Bukan senang menguli pakai jejari ku yg selim melim ni.Tapi ku gagahi juga mencubanya....Jom kita tengok menjadi ke..???
Ni sebelom masuk oven.Letak dalam mangkuk cup cake,tunggu ia mengembang.
Resepi ni iza guna resepi dari rosmarlina@jintanmanis.com.Resepi doh asas roti manis.Rata2 kawan -kawan bloger yang mencubanya menjadi.Resepi doh asas roti manis iza syer kat sini ye...
DOH ASAS ROTI MANIS
Sumber Resepi:rosmarlina@jintanmanis
Bahan- Bahan
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur(tinggalkan sedikit utk diglis pada roti nanti)
2 sudu besar butter@majerin
180 ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh di ganti dengan 2 sudu besar water roux
*utk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu segar@+beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yg telah direbus
sedikit gula
(iza letak mix butter+gula)
Cara Penyediaan Doh
1.Bagi yang pakai Bread Maker mungkin dah sedia maklumkan (iza x letak kat sini yee)sory iza pakai tangan je..
2.Yang guna tenaga tangan,macam ni...masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.Tips utk dapat doh yg lembut,ambil plastik bersih dan letak doh didalam plastik
tu,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8-10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yg lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi kan kepada beberapa bahagian,biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit,baru dibentukkan mengikut bentuk yg digemari.Iza bulat-bulatka aje n letak butter+gula didalamnya.Setelah dibentuk biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun,bakar pada suhu 180c selama 18-20 minit atau permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas radai,dan simpan dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
Selamat Mencuba.
Kejadian bun iza,tak segebus kengkawan punya .Tapi boleh la diterima makan oleh anak-anak.
Tip tambahan:Sebelum roti di bentuk,bulat2kan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7-8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,masa ini penting bagi mendapatkan bun yg elok teksturnya,dan juga bagi memastikanpermukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.(di petik dari blog ros jintanmanis)
Isnin, 16 April 2012
PUDING PERMATA
salam semua.... petang semalam sempat iza memuding,atas permintaan si hero iza, yg nak sangat makan puding.Memang kegemaran anak2, iza puding n agar2 ni..ibunye je... jarang nak buat.So atas permintaannya yg berulang kali tu maka terjadinya PudingPermata ni...Bekenan ngan puding yg di tayang kat dapur Izahdaut..sbb ada cekelat tergoda you..Resepi dari kak Rossitam.Jom kita layan ini resepi...Minta izin yg empunya resepi..ye...Iza nak tayang kat sini pulak.
Memang lemak berkerim...gitu..
PUDING PERMATA
Resepi: kak Rossitamz@blogspot.com
Di olah oleh:Izzahdaut
: Iza
Bahan-bahan untuk agar2:
300 ml air
200 ml susu cair(iza guna susu segar)
125 gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar
Bahan untuk Kastad
500 ml air
400 ml susu susu cair/susu segar
250 gm gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
11/2 sudu besar tepung kastad-di bancuh dengan 3 sudu besar air
Cara penyediaan
Untuk agar2:
Masak air,susu dan gula pasir hingga mendidih.Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih,Tapis agar2 ke dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk,potong dalam bentuk dadu yg comel2.Ketepi kejap.
Untuk kastad:
Masak air,susu dan gula hingga mendidih,masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.Masukkan pula serbuk agar2 dan masak hingga mendidih dan pekat.Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar2 tadi) dan masukkan pula agar2 yang dipotong dadu tadi.Sejukkan hingga keras.
Sedap di makan bila-bila saja...Selamat mencuba bagi yg tak mencuba lagi...

UDANG GALAH MASAK SAMBAL WANGI
Assalamualaikum...Sahabat semua..Kelmarin my cik abang Iza,p memancing udang galah,dapatlah dalam 7 ekor gitu.Dalam kepala ni dok mikir nak masak apa,anak2 awal-awal lagi dah pesan x mau masak kari udang tu.Maka misi mencari resepi pun bermula...Klik punya klik jumpa la resepi kat Myresipi.com Udang Galah Masak Sambal Wangi oleh Pak Wan.Resepi ni adalah masakan warisan yg diturunkan oleh datuk beliau kepadanya.Meh kita cuba...Izinkan iza syer kat sini ye Pak Wan..
UDANG GALAH MASAK SAMBAL WANGI
Sumber rujukan:Myresipi.com.Oleh:Pak Wan
Di olah:iza
Bahan-Bahan
1 kg udang galah
2 biji bawang besar (dimayang halus)
6 biji bawang kecil(dikisar)
4 ulas bawang putih(dikisar)
3 cm halia(dikisar)
1 batang serai(dikisar)
3 cm lengkuas(diketuk)
2 sudu besar sos tomato
3-5 daun sup& daun bawang
15-24 batang cili kering(dikisar)
2 biji ubi kentang (di buang kulit dan dipotong nipis2)(iza Tambah)
Minyak masak,gula dan garam mengikut citarasa
Cara Penyediaan
1.Tumiskan bawang yg telah dimayang sehingga layu,kemudian masukkan semua bahan2 yg di kisar
dan tumis sehingga garing.
2.Setelah bahan yg ditumis garing,masukkan lengkuas dan sos tomato,ubi kentang serta gaul sehingga
sebati.Biarkan ubi kentang empuk.
3.Kemudian masukkan udang yg telah dibersihkan dan garam secukup rasa,masak sehingga air yg
dikeluarkan udang kering.
4.Akhir sekali setelah sambal masak,tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
Siap untuk di hidang..(resepi ini utk angaran udang 1 kilo,Udang iza x sampai 1 kilo so iza kurangkan bahan2nye...)

Jumaat, 13 April 2012
PUDING SUM-SUM PANDAN
Selamat pagi sabtu pada semua...harap ceria selalu .Petang semalam sempat iza menyediakan pemanis mulut yg iza intai-intai kat dapur CT.First time iza buat ni,saja nak test selera anak2 iza sebab diorang x pernah makan dan tengok pun.Bila dah siap,semua tanya kuih apa ni ,makan macam mana ibu? Jom kita tengok kat bawah ni.First..Izinkan iza tayang resepi kat sini yee..Kak CT.Tak habis2 iza dok intai2 dapur kak Ct kan.
PUDING SUM-SUM PANDAN
Sumber:Lina PG
Di olah:Che CT
:Iza
Bahan-Bahan Puding
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
800 ml santan
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulcho (iza guna pandan paste
Bahan Sirap Gula
Sekeping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan-disimpul
Cara Penyediaan
1. Masak sirap gula hingga larut dan tapis.Ketepikan
2. Satukan kesemua bahan puding dalam periuk dan gaul rata.Tapiskan adunan dan masak hingga
pekat dan kilat.Kacau hingga adunan meletup-letup
3. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan yg di basahkan dahulu dan sejukkan.
4. Sajikan bersama sirap gula melaka.
Sedia untuk di makan....selamat menjamu selera....
Respon anak-anak iza bila makan...ok-ok la,mungkin sebab x biasa makan,tekak x boleh terima lagi kot.Hb iza...layan je...

Khamis, 12 April 2012
APAM INDON
Selamat petang pada semua.Bersyukur hendaknya kita dapat bersua di alam maya ni lagi.Harap semuanya berada dalam keadaan tenang selepas kejadian semalam.
Hari ni nak tayang Apam Indon yg Iza buat minggu lepas.Ramai dah kawan2 yg dah buat,Iza yg ketinggalan kot.Tengok kak Ita Masam Manis buat punya la mengancam... terpanggil iza utk mencubanya.Iza buat macam2 warna,nak kata macam pelangi edak la pulak.Mohon tuan punya resepi...Iza nak tempek resepi kat sini pulak ye...
APAM INDON
By:Blackmore Forum Cari
Sumber:Ita Masam Manis
Bahan-Bahan
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan(ita guna santan)Iza guna susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Cara Penyediaan
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek,balut penutup dgn sehelai kain.Sediakan
loyang ukuran 9"inc
Oleskan dgn minyak dan alas dasar loyang dgn baking paper
1.Ayakkan tepung bersama baking powder
2.Campurkan garam kedalam susu
3.Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang
4.Masukkan gula sedikit demi sedikit.Kemudian masukkan esen vanilla.
5.Kurangkan kelajuan mixer.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
6.Bahagikan beberapa bahagian,untuk di warnakan mengikut sesukaan.Masukkan adunan yg telah
diwarnakan berselang seli,mengikut kesukaan anda.Kalau nak buat macam kak ita,boleh pergi kat
blog Masam Manis.
7.Kukus selama lebih kurang 30-40 minit atau hingga apam masak sempurna.
Selamat mengapam....

Langgan:
Catatan (Atom)